Malay
Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan.
mongabay.com
Diterjemah oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
13 Mac 2011


Pembalak Malaysia mendakwa bahawa proses pemulihan Jepun daripada bencana gempa bumi dan tsunami pada minggu lalu akan meningkatkan permintaan kayu hutan tropika, lapor Borneo Post.

AmResearch, sebuah firma kajian pelaburan yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia, menyatakan bahawa syarikat pembalakan yang mengeksport kayu lapis ke Jepun telah bersiap-sedia untuk mendapat keuntungan hasil daripada pemulihan semula.

“kami telah menghubungi pembalak dan mereka juga tidak berapa pasti berkenaan tahap kerosakan akibat gempa terkini dan gempa susulan,” AmResearch berkata.

“salah seorang pembalak yang juga terlibat dalam kegiatan ini menyatakan bahawa ’30-40 peratus eksport ke Jepun meningkat’ – yang mana kebanyakannya membeli papan lapis daripada Malaysia – tetapi mengharapkan peningkatan tersebut dapat membantu Jepun dalam proses pemulihan semula, bergantung pada sejauhmana kerosakan yang berlaku terhadap bangunan.”

AmResearch memberitahu Borneo Post bahawa Jepun telah menyumbang 46 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport kayu panel Sarawak dari Januari 2010 – November 2010.

Ta Ann Holdings bhd, salah sebuah syarikat pembalakan di bawah AmResearch dan merupakan firma perhutanan paling besar yang beroperasi di Sarawak, negeri di sebelah Borneo Malaysia, mengeksport 90 peratus pengeluaran papan lapis ke Jepun, menurut AmResearch. Ta Ann telah dikritik oleh aktivis alam sekitar baru-baru ini kerana mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, yang dipercayai terlibat dengan pelbagai skandal rasuah. Aktivis tersebut menyatakan bahawa Taib dan keluarganya memperoleh berbilion dolar dalam pemilikan harta di luar negeri sepanjang 30 tahun pemerintahannya walaupun beliau hanya bergaji sederhana. Pada masa yang sama, hutan Sarawak telah banyak ditebang dan penduduk asalnya telah dipaksa berpindah daripada tanah tersebut.

Nota pengarang: Borneo Post adalah milik KTS Group, sebuah syarikat yang turut memiliki firma pembalakan di Sarawak.

Nilai kayu-keras telah mengalami peningkatan sebanyak 19 peratus sejak tahun lepas.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010