Malay
Kawasan perlindungan meliputi 44% Amazon Brazil
Diterjemahkan oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
Rhett Butler, mongabay.com
20 April 2011


Kawasan perlindungan kini meliputi hampir 44 peratus daripada Amazon – kawasan yang lebih besar daripada Greenland – tetapi telah mengalami pencerobohan dan pengurusan yang lemah, menurut laporan kajian yang dibuat oleh Imazon and the Instituto Socioambiental (ISA).

Laporan tersebut diterbitkan dalam bahasa Portugis, menyatakan bahawa pada bulan Disember 2010, kawasan perlindungan di Amazon Brazil berjumlah 2 197 485 kilometer persegi. Unit pemuliharaan seperti taman negara menyumbang hanya lebih daripada setengah kawasan (50.6 peratus), manakala wilayah asal mewakili 49.4 peratus.

Percent of land under protection in the Brazilian Amazon as of December 2010
Peratusan tanah yang berada dalam perlindungan di Amazon Brazil pada Disember 2010
Walaupun di atas kertas mencatatkan kawasan yang dilindungi adalah luas, tetapi laporan mendapati terdapat kesan penting berkaitan manusia dalam banyak bidang. Antara tahun 1998 dan 2009, 12 204 kilometer persegi hutan dalam kawasan-kawasan tersebut telah dibersihkan. Kerosakan paling teruk adalah di kawasan rizab “penggunaan mapan” (sustainable use).

Laporan tersebut menyelahkan sistem pengurusan yang lemah sebagai faktor yang menyumbang terhadap kemusnahan kawasan yang dilindungi. Separuh daripada kawasan perlindungan di Amazon Brazil tidak meluluskan rancangan pengurusan dan 45 peratus tidak mempunyai majlis pengurusan. Jumlah kakitangan di beberapa kawasan yang dilindungi adalah sangat sedikit – keadaan di negeri Para hanya mempunyai seorang pegawai tinggi bagi setiap 1817 kilometer persegi hutan.

Accumulated deforestation by protected area status in the Brazilian Amazon through 2009
Accumulated deforestation by protected area status in the Brazilian Amazon through 2009



Laporan tersebut turut memetik bahawa pembalakan haram dan perlombongan sebagai ancaman kepada kawasan perlindungan. Ia menyatakan bahawa 1338 tempat perlombongan telah diluluskan di kawasan-kawasan yang dilindungi, manakala 10 348 sedang menunggu kelulusan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Brazil telah mengalami penurunan dalam aktiviti penyahutanan. Pembersihan tahunan juga telah turun kepada 75 peratus sejak 2004.

Brazil menetapkan lebih banyak tanah sebagai kawasan dilindungi berbanding negara-negara lain semasa tahun 2000, telah menyumbang hampir 60 peratus daripada jumlah pemuliharaan pada dekad tersebut. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kawasan dilindungi hanya bertanggungjawab bagi hanya sebahagian daripada jumlah pengurangan tersebut.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2010 telah diterbitkan oleh Prosiding Akademi Sains Kebangsaan menganggarkan bahawa 37 peratus penurunan yang berlaku baru-baru ini di hutan Amazon Brazil boleh dikaitkan dengan kawasan perlindungan yang baru diwartakan. Brazil menetapkan lebih kurang 709 000 kilometer persegi (274 000 batu persegi) daripada hutan Amazon – kawasan yang lebih besar daripada negeri Taxas – antara tahun 2002 dan 2009 di bawah Program Perlindungan Kawasan Amazon (ARPA).

Brazil telah menetapkan sasaran pengurangan penebangan hutan di bawah program perubahan iklim negara.

CATATAN: Veríssimo, A., Rolla, A., Vedoveto, M. & de Furtada, S.M. (2011) Áreas Protegidas na Amazônia Brasileira: avanços e desafios. Imazon/ISA.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010