Malay
Bekas perunding REDD+ Indonesia dijatuhi hukuman 3 tahun penjara kerana rasuah
Diterjemahkan oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
Rhett Butler, mongabay.com
22 April 2011


Wandojo Siswanto, salah seorang perunding delegasi Indonesia bagi perundingan iklim di Copenhagen pada tahun 2009 yang juga arkitek utama kepada Reduced Emissions from Deforestation and Degradation (REDD) perkongsian bersama Norway, telah dihukum penjara tiga tahun kerana menerima rasuah.

Berikutan siasatan yang dilakukan oleh Corruption Readication Commission (KPK), Wandojo didapati bersalah menerima rasuah sebanyak $10 000 daripada Anggoro Widjojo, pengarah Sdn Masaro Radiokom, untuk mendapatkan bajet istimewa di Kementerian Perhutanan bagi syarikat telekomunikasi. Wandojo telah dinamakan di dalam sekurang-kurangnya dua kes rasuah lain termasuk kes pada tahun 2008 yang mana dia mengaku mengambil Rp 50 juta ($4 600) sogokan dari ahli perlimen Al-Amein Nasution.

Wandojo telah dibuang daripada jawatan Penasihat Khas kepada Menteri Perhutanan pada bulan September.

Penangkapan Wandojo dan penyerlahan kebimbangan berkenaan keupayaan Kementerian Perhutanan Indonesia dalam menguruskan berbilion-bilion dolar pembayaran yang dicadangkan di bawah program REDD+ , yang mana program tersebut bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau di Indonesia dengan mengalihkan model pembangunan perhutanan daripada menggunakan hutan kepada melindungi hutan. Sesetengah kerajaan – termasuk Norway, yang mana telah melaksanakannya sehingga satu bilion dolar – menyokong inisiatif tersebut.

Kebimbangan terhadap nasib dana REDD telah dibangkitkan sebelum ini. Pengkritik menyatakan bahawa dana penanaman semula negara, telah hilang sebanyak $5.25 bilion antara tahun 1994 dan 1998, menurut audit Ernst and Young. Dana tersebut telah diuruskan oleh Kementerian Perhutanan. Kehilangan tersebut berterusan sehingga tahun 2009.

Chandra M.Hamzah, Timbalan Pengerusi KPK, telah menyatakan kepada Reuters pada bulan September bahawa sektor perhutanan adalah “sumber rasuah yang tidak terhad”.

Wandojo telah menjadi salah satu daripada beberapa jumlah kes yang disiasat. Pada bulan Ogos, Mahkamah Rasuah (Corruption Court) mensabitkan Anggodo Widjojo – abang dan rakan perniagaan Widjojo Sdn Masaro Radiokom, Anggoro Widjojo – bagi percubaan merasuah pegawai KPK dengan jumlah sebanyak Rp. 5.1 bilion ($566 000) dalam usaha untuk menggugurkan kes rasuah terhadap abangnya. Anggodo Widjojo dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun, manakala adiknya sedang dibicarakan sejak Ogos 2008.

Kaban, Menteri Perhutanan pada tahun 2004 hingga 2009, juga merupakan orang penting dalam kes tersebut. Menurut Jakarta Post, Kaban juga telah dikaitkan dengan beberapa kes rasuah lain termasuk pengambilan rasuah bagi pengeluaran konsesi hutan.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010