Malay
Aktivis alam sekitar Mexico ditembak mati
Komen oleh Rhett A. Butler, mongabay.com
Diterjemah oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
23 Oktober 2010


 La Morena Mexico in the Petatlán Mountains in the state of Guerroro as viewed by Google Earth.
La Morena, Mexico di Banjaran Petatlan di negeri Guerroro seperti yang dilihat menerusi Google Earth.

Javier Torres Cruz, 30, yang berjuang terhadap aktiviti penyahutanan haram oleh pengedar dadah di negeri Guerro, Mexico telah dibunuh seminggu lalu. Merupakan seorang ahli NGO tempatan, Pertubuhan Alam Sekitar Coyuca dan Banjaran Petatlan, Torres dikenali sebagai aktivis yang lantang bersuara terhadap kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan pergunungan kering. Pembalakan di kawasan-kawasan ini terutamanya yang berkaitan dengan ladang poppy bagi perdagangan dadah haram.

Menurut laporan, Torres Cruz telah diserkap dan ditembak semasa berada di dalam kereta berhampiran dengan kampungnya di La Morena yang terletak di Banjaran Petatlan. Abangnya, Felipe Torres Cruz, juga turut mengalami kecederaan. Tiada suspek telah ditangkap.

Pada tahun 2008 Torres Cruz telah diculik dan diseksa selama 10 hari. Keluarganya mendakwa bahawa tentera Mexico adalah dalang perculikan tersebut.

Torres Cruz sangat lantang bersuara walaupun berdepan dengan bahaya. Pada tahun 2008, beliau telah didakwa oleh pengusaha ladang dengan mengancam petani di tanah mereka. Beliau juga menuduh pihak yang mempunyai hubungan dengan tauke dadah Alba Alvares telah membunuh aktivis hak asasi manusia, Digna Ochoa pada tahun 2001, walaupun kerajaan menganggap beliau membunuh diri.

Keluarganya percaya bahawa pembunuhan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan penyaksian Torres Cruz terhadap Alba Alvares.

Menurut CNN, 50 aktivis telah dibunuh di Mexico pada tahun 2010.



Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010