Malay
Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
Jeremy Hance, mongabay.com
Diterjemah oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
03 Febuari 2011


Along Sega tidak pernah mengetahui berapa usianya, tetapi ketika beliau meninggal dunia di sebuah hospital yang terletak jauh dari tempat beliau dilahirkan menyatakan bahawa beliau seperti berusia 70-an. Pemimpin yang juga merupakan pemburu-nomad dan pengumpul orang-orang Penan di Kalimantan serta mentor kepada aktivis Switzerland, Bruno Manser, berpendapat bahawa Along Sega akan diingati dalam setiap usahanya untuk menyelamatkan hutan Penan- kehidupan dan budayanya- daripada syarikat penebangan balak, disokong oleh kerajaan Sarawak dan diperkuatkan oleh polis negeri.

“kami mahu hutan kami kekal tidak disentuh. Kerana itu sahajalah tempat yang kami boleh berburu […] Kami tidak mahu haiwan-haiwan terganggu. Ketika saya masih muda, tiada sesiapa yang boleh menganggu haiwan-haiwan tersebut: keadaan hutan sangat baik dan kami boleh pergi berburu berhampiran dengan timpat tinggal kami. Golongan wanita juga mudah untuk menangkap ikan dan mendapatkan makanan mereka.” Along Sega, yang mana terlalu tua untuk mengingati Ratu Elizabeth yang mana ketika itu baginda masih bergelar Puteri, memberitahu Bruno Manser Fonds dalam sebuah wawancara pada tahun 2005.


Along Sega pada tahun 1986 bersama “seperut” sejenis tongkat yang digunakan oleh orang-orang Penan sebagai perhiasan dan juga tangkal azimat. Foto hak milik Manser Bruno Fonds.
Pada tahun 1980, syarikat penebangan balak telah memasuki hutan Penan, memporak-perandakan keadaan hidup. Orang-orang Penan telah melakukan sekatan jalan terhadap syarikat-syarikat tersebut dengan membina penghadang jalan, mengusul tuntutan undang-undang dan melobi dengan penuh semangat demi hutan tempat tinggal mereka. Ketika itu, seorang aktivis dari Swiss, iaitu Bruno Manser, telah membantu mereka dengan membawa perkara tersebut ke perhatian antarabangsa terhadap penderitaan penduduk Penan setelah beliau tinggal bersama mereka selama 6 tahun. Along Sega merupakan salah sorang mentor Manser.

“saya menemui Bruno buat pertama kalinya di Long Napir. Pada awalnya, apabila beliau tiba bersama kami, beliau tidak boleh berbahasa Penan. Satu-satunya perkataan yang boleh diungkap oleh beliau ialah ‘Bakeh, bakeh’ (kawan). […] beliau datang kepada saya dan berkata: Saya Bruno. Bolehkah saya menyertai kumpulan anda? Saya membalas: sekiranya anda ingin tinggal bersama kami, dipersilakan,” kata Along Sega dalam wawancara yang sama.

Namun, beberapa dekad kemudian, semakin banyak hutan Penan telah hilang, dan apa yang tinggal masih terus terancam dengan serius. Syarikat penebangan balak berterusan menganggu wilayah Penan. Tuntutan undang-undang terhadap tanah tersebut mengambil masa puluhan tahun untuk diselesaikan. Empangan hidro-elektrik serta banyak lagi rancangan telah menganggu aliran sungai dan memaksa orang-orang Penan untuk berpindah atau membiarkan diri musnah. Pejabat Negeri telah mengumumkan rancangan tanam semula kelapa sawit sebanyak satu juta hektar, yang mana banyak melibatkan tanah adat penduduk asal. Walau bagaimanapun, Manser telah menghilangkan diri daripada sarawak pada tahun 2000. Kehilangan beliau masih menjadi misteri sehingga kini, tetapi beliau tidak pernah asing daripada mendapat ancaman kematian.

Tanpa hutan, orang-orang Penan telah dipaksa untuk berubah, sepertimana yang dijelaskan oleh Along Saga pada tahun 2005: “Pohon Reisin merupakan sejenis pohon balak yang paling dikehendaki, oleh sebab itu, pohon tersebut telah banyak ditebang. Pohon-pohon beracun yang digunakan untuk membuat anak panah juga telah ditebang. Hanya beberapa batang sahaja yang tinggal. Ia merupakan sebab mengapa ramai orang nomad Penan berpindah. Mereka tiada pilihan lain. Pohon-pohon sagu kami juga telah dimusnahkan. Syarikat-syarikat penebangan balak bukan sahaja telah memusnahkan kawasan, bahkan kubur kami, mereka tidak pernah membayar ganti rugi untuk perkara tersebut. Kadang-kadang mereka datang, menebang semua pokok dan tidak membawanya keluar.

Dipenjara sebanyak dua kali demi perjuangan melawan syarikat penenbangan balak, Along Sega menyatakan bahawa janji yang dibuat oleh kerajaan sarawak untuk mewujudkan kawasan hutan lindungan utama pada tahun 1993 untuk masyarakat Penan adalah “bohong semuanya”.

Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa walaupun setelah beliau tiada, generasi seterusnya harus meneruskan usaha tersebut.

“apabila saya telah mati, mereka perlu meneruskan perjuangan ini dan saya mohon supaya mereka tidak berputus asa.”



 Along Sega (center) in 1996 with Bruno Manser on the left
Along Sega (tengah) pada tahun 1996 bersama Bruno Manser di sebelah kiri. Foto hak milik Bruno Manser Fonds.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010