|
Foto pengembaraan kamera tersembunyi di alam hidupan liar telah diterbitkan
Jeremy Hance, mongabay.com
Diterjemah oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
27 Febuari 2011
Monyet berwarna keemasan berhidung pesek (Rhinopithecus roxellana) di China telah ditangkap oleh kamera tersembunyi. Spesis ini disenaraikan sebagai sangat terancam oleh IUCN Red List. Foto kredit: Smithsonian.
Foto yang diambil oleh kamera tersembunyi bukan sahaja membolehkan para saintis untuk mempelajari spesis yang jarang dilihat, tetapi mengkaji berkenaan spesis yang sangat terancam yang mana mereka sangat pelik dan memukau-tangkapan tepat pada masa-ke dalam kehidupan peribadi haiwan tersebut. Ia adalah hasil tangkapan kandid alam liar tanpa penglihatan manusia. Walau bagaimanapun, banyak foto yang kelihatan kabur dan buruk, namun ada juga sebahagiannya sangat cantik; bersaing dengan jurugambar hidupan liar terbaik di dunia. Kini, Smithsonian telah menerbitkan 202, 000 foto hasil kamera tersembunyi kepada umum, yang merangkumi tujuh projek di empat benua.
Diambil daripada beberapa wilayah dunia yang paling terpencil dan belum pernah disentuh oleh kamera automatik telah berjaya menangkap haiwan kegemaran seperti jaguar, panda, harimau bintang salju, selain mengenalpasti spesis kecil yang jarang dikenali seperti anjing Amerika Selatan yang bertelinga pendek, monyet China yang berwarna keemasan berhidung pesek, dan kucing marmar Asia Tenggara.
“Laman sesawang ini menyediakan kepada masyarakat awam secara sepintas lalu mengenai apa yang dilihat oleh saintis ketika meninjau daerah terpencil,” jelas William McShea, ahli biologi hidupan liar di Smithsonian Conservation Biology Institute, menerusi sidang media. “Tidak semua imej yang dihasilkan adalah cantik tetapi setiap foto tersebut menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk memulihara hidupan liar. Hai ini adalah sesuatu yang adiktif untuk menelusuri setiap foto di sebuah laman tunggal dan melihat kepelbagaian hidupan berjalan dengan diawasi kamera tersembunyi di hutan.
Memotret haiwan di Amazon Peru, belantara Panama, pergunungan Timur Amerika Syarikat, hutan di Thailand, dataran Afrika Timur, dan dataran tinggi China, telah mengumpulkan lebih daripada 200 spesis mamalia dan burung. Hal ini juga membolehkan pengguna untuk terus berhubung dengan International Union for the Conservation of Nature (IUCN) dan Encyclopedia of Life (EoL) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk melihat foto dan mengetahui maklumat lanjut mengenai projek tersebut: Smithsonian WILD.
Jaguar (Panthera onca) di Amazon Peru. Spesis ini diklasifikasikan sebagai hampir terancam oleh IUCN Red List. Foto Kredit: Smithsonian.
Harimau bintang salju (Panthera uncia) di China. Ia dikelaskan sebagai sangat terancam oleh IUCN Red List. Foto kredit: Smithsonian.
Bahasa Inggeris
| |
|
MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.
Berita
Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika
Maklumat tentang hutan
apakah itu hutan hujan?
di manakah hutan hujan terletak?
apakah yang membentuk hutan hujan?
apakah itu kanopi?
lantai hutan hujan
kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
binatang mamalia hutan hujan
burung hutan hujan
reptilia dan amfibia hutan hujan
ikan hutan hujan
serangga hutan hujan
penduduk hutan hujan
tamadun agung hutan hujan
ilmu tumbuhan perubatan orang asli
apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
kanak-kanak di dalam hutan hujan
kenapa hutan hujan begitu penting?
hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
hutan hujan mengurangkan hakisan
kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
pertanian di dalam hutan hujan
lembu ternakan di dalam hutan hujan
pembinaan jalan raya di hutan hujan
peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
eko-pelancongan
apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar
Madagascar
Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar
|
|