Malay
Foto satelit sebelum dan selepas tsunami
Jeremy Hance, mongabay.com
Diterjemah oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
15 Mac 2011


Google telah menerbitkan imej satelit yang menunjukkan kemusnahan yang disebabkan oleh tsunami pada 11 Mac di Jepun.

Imej tersebut boleh didapati di Google Earth dan Google Maps, menunjukkan perubahan permandangan yang secara dramatik, termasuklah banjir di bandar dan kawasan-kawasan pertanian, bangunan yang ‘disapu’ oleh gelombang tsunami, serta asap yang berkepul-kepul keluar daripada rumah-rumah yang musnah.

Google menyatakan bahawa mereka mengeluarkan imej yang beresolusi tinggi untuk krew-krew bantuan kecemasan dan organisasi yang bertugas di lapangan tersebut.

“kami sedang berusaha untuk menyediakan data ini secara langsung kepada organisasi terlibat di kawasan lapangan bagi membantu usaha mereka,” nyata Ryan Falor, daripada kumpulan Google Crisis Response, di blog rasmi Google. “kami berharap agar imej satelit yang baru dikemaskini ini sangat berguna bagi mereka dan orang awam yang mengikuti situasi ini mendapat gambaran sebenar tahap kemusnahan.”

Gempa bumi pada 11 Mac yang mencetuskan tsunami baru-baru ini telah dinaikkan pada 9.0, adalah gempa bumi yang paling kuat melanda Jepun di era moden. Ia adalah gempa bumi kelima trkuat sepanjang catatan sejarah yang bermula pada akhir abad ke sembilan belas.

Tsunami yang melanda pantai timur Pulau Honshu, telah bergerak hampir 8 meter ke timur. Ia telah menyebabkan kemusnahan yang dahsyat terhadap infrastruktur, termasuk reaktor nuklear, tiga daripadanya telah mencair. Lebih daripada 10 00 dikhuatiri terbunuh.

Imej satelit Google dari beberapa daerah, bandar, dan pekan, termasuklah

Ishinomaki Tengah, Fukushima, Semenanjung Oshika dan Iigoham, Iwaki-Ueda,Kesennuma, Minamisanriku, Minamisoma Kashima, Minamisoma, Odohama, Ofunato Rikuzentakata, Rikuzentakata, Lapangan Terbang Sendai, Sendai, Watari / TasikTorinoumi,Watari, Yagawahama dan Semenanjung Oshika Peninsula, and Yamamoto. Fukushima Tomioka 2004
Fukushima Tomioka 2004. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Fukushima Tomioka after tsunami damage
Fukushima Tomioka selepas dilanda tsunami. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Central Ishinomaki 2003
Ishinomaki Tengah 2003. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Central Ishinomaki GeoEye after tsunami damage
Ishinomaki Tengah selepas dilanda tsunami. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Kesennuma 2002
Kesennuma 2002. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Kesennuma after tsunami damage
Kesennuma selepas dilanda tsunami. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Iwaki Ueda 2005
Iwaki Ueda 2005. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Iwaki Ueda after tsunami damage
Iwaki Ueda selepas dilanda tsunami. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Minamisanriku detail 2002
Minamisanriku pada 2002. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.

Minamisanriku detail tsunami damage
Minamisanriku pada selepas dilanda tsunami. Gambar satelit hakmilik Google Earth / GeoEye.



Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010