|
Kitaran pilihanraya dikaitkan dengan kadar penebangan hutan di Indonesia
Diterjemahkan oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
Rhett Butler, mongabay.com
14 April 2011
Kajian mengesahkan terdapat hubungan antara penyahutanan dan pilihanraya tempatan di Indonesia. Ahli-ahli politik di kawasan yang mempunyai hutan dilihat sering bergantung kepada pembiayaan daripada pembalak, pemaju ladang, dan pelombong untuk membiayai kempen mereka.
Peningkatan pecahan bidang kuasa politik dan kitaran pilihanraya menyumbang kepada kadar penebangan hutan yang tinggi di Indonesia, menurut analisis yang diterbitkan oleh penyelidik di London School of Economics (LSE), Massachusetts Institute of Technology (MIT), dan South Dakota State University (SDSU).
Penyelidikan mengesahkan bahawa pemerhatian terhadap ahli-ahli politik Indonesia yang berada di kawasan kaya dengan hutan telah membayar hutang pilihanraya mereka dengan memberikan cagaran terhadap konsesi hutan.
|
Penyahutanan di Borneo Indonesia
|
Perbandingan perubahan hutan dalam ‘zon hutan’ yang berbeza dengan perkembangan kawasan-kawasan pentadbiran baru di seluruh Indonesia – buktinya, produk yang memberikan autonomi kepada daerah yang lebih besar – penulis yang diketuai oleh Robin Burgess daripada LSE mendapati bahawa pembahagian wilayah dengan menambah kawasan telah meningkatkan insiden penebangan hutan di wilayah tersebut sebanyak 7.8 peratus. Bilangan daeraj di seluruh Indonesia telah meningkat 291 kepada 498 antara tahun 1998 dan 2009.
Peningkatan dalam unit politik adalah penting kerana ia memberi maksud tersapat lebih banyak pilihanraya. Para penyelidik mendapati bahawa pembalakan haram – penebangan hutan dalam zon ‘pemuliharaan’ dan ‘perlindungan’ adalah tidak dibenarkan – bertambah semasa menjelangnya pilihanraya tempatan, tetapi telah turun mendadak selepas pilihanraya, diganti dengan peningkatan ketara dalam sektor pembalakan di zon ‘penukaran’. Peralihan daripada haram kepada pembalakan yang sah menurut undang-undang mungkin kerana terdapat kaitan dengan bayaran kepada ahli-ahli politik – dalam bentuk konsesi pembalakan – dengan menaja kempen-kempen mereka.
“Kami mendokumenkan ‘pusingan pembalakan politik di mana kerajaan tempatan menjadi lebih permisif berbanding pembalakan pada tahun-tahun yang berlaku pilihanraya,” menurut pengarang. “Kami mendapati bahawa penebangan hutan di kawasan pembalakan di mana semuanya adalah haram telah meningkat sebanyak 42 peratus pada tahun sebelum pilihanraya…pembalakan haram kemudiannya menurun secara mendadak (sebanyak 36 peratus) pada tahun pilihanraya dan tidak meningkat kembali selepas itu.”
|
Indonesia – pecahan hutan mengikut tahun dan peratusan zon hutan dilindungi pada tahun 2000. Data: Burgess et al 2011.
|
"Di zon pertukaran, kami mendapati terdapat peningkatan kegiatan pembalakan sebanyak 40% pada tahun pilihanraya dan peningkatan 57% pada tahun selepasnya.”
Disebabkan bilangan golongan kelas pertengahan agak kecil dan faktor-faktor lain, pilihanraya tempatan di Indonesia sering dibiayai oleh rakyat dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri estraktif seperti pembalakan, perlombongan, perladangan dan pembangunan. Hal ini penting kerana bupati, atau ketua daerah, memegang banyak kuasa dalam membuat keputusan mengenai tanah apa yang harus digunakan untuk pertanian dan perladangan, dan juga sama ada pembalakan akan dipertimbangkan.
Keputusan adalah penting bagi usaha Indonesia untuk mengurangkan penyahutanan di bawah perkongsian bernilai berbilion dolar dengan Norway dan meluaskan inisiatif Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (Mengurangkan Pengeluaran dan Pembasmian hutan serta Degradasi Hutan) (REDD). Iaitu, kertas kerja yang menunjukkan bahawa reformasi pilihanraya diperlukan untuk menangani kemusnahan hutan.
“Keputusan ini dilakukan bagi melambatkan kadar penebangan hutan trapika. Melainkan insentif ahli politik dan birokrat tempatan, mereka menyarankan bahawa ia dilaksanakan secara berpusat ke dalam akaun kemudian dipusatkan atau didermakan bagi menjadikan ia sebagai pemangkin dasar untuk menangani penebangan hutan mungkin tidak akan berkesan” ujar penulis.
“Melainkan program REDD direka bentuk dengan mengambilkira mereka sebagao aktor tempatan yang kini mendapat manfaat besar daripada pembalakan sah dan haram, ia tidak mungkin berkesan.”
CATATAN: Robin Burgess, Matthew Hansen, Benjamin Olken, Peter Potapov, and Stefanie Sieber. The Political Economy of Deforestation in the Tropics. London School of Economics. January 2011
Bahasa Inggeris
| |
|
MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.
Berita
Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika
Maklumat tentang hutan
apakah itu hutan hujan?
di manakah hutan hujan terletak?
apakah yang membentuk hutan hujan?
apakah itu kanopi?
lantai hutan hujan
kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
binatang mamalia hutan hujan
burung hutan hujan
reptilia dan amfibia hutan hujan
ikan hutan hujan
serangga hutan hujan
penduduk hutan hujan
tamadun agung hutan hujan
ilmu tumbuhan perubatan orang asli
apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
kanak-kanak di dalam hutan hujan
kenapa hutan hujan begitu penting?
hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
hutan hujan mengurangkan hakisan
kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
pertanian di dalam hutan hujan
lembu ternakan di dalam hutan hujan
pembinaan jalan raya di hutan hujan
peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
eko-pelancongan
apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar
Madagascar
Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar
|
|