Malay
Brazil akan melancarkan sistem kawalan penyahhutanan baru yang boleh ‘dilihat’ menerusi awan
mongabay.com
22/09/2010


Brazil akan melancarkan satu resolusi berkenaan sistem kawalan penyahutanan yang berkemampuan untuk mengesan kegiatan pembersihan hutan menerusi keadaan di bawah awan.

Menteri Alam Sekitar, Izabella Teixeira, menerusi kenyataannya pada Isnin lepas berkata INDICAR – Imaging and Radar Deforestation Indicator (Indikator Imej dan Radar Penyahutanan) – dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan pengawalan penyahutanan di Brazil yang mana telah diketahui mencapai piawaian dunia. Sistem tersebut akan menggunakan data dari satelit ALOS milik Agensi Angkasa Jepun (Japanese Space Agency’s ALOS), yang dilengkapi dengan dua radar iaitu radar penembusan awan dan radar pengesan optikal, ia membolehkan Brazil mengesan kehilangan hutan buat pertama kalinya apabila mempunyai keupayaan melihat menerusi awan. Terkini, Brazil mengawal penyahutanan menerusi pusingan tahun, tetapi perangkaan dilakukan pada akhir Julai apabila awan berhenti pada kadar minimun di kawasan Amazon.

Resolusi Terbaik


Klik untuk memperbesar
NDICAR bakal mengenalpasti kawasan penyahutanan melebihi 10 hektar, ia bagi menambahbaian kepada Sistem Pengesanan Kadar Sebenar Penyahutanan, DETER (Real Time Deforstation Detection System) yang digunakan sekarang untuk mengesan pembersihan hutan dalam kadar sebenar, tetapi resolusinya masih terhad iaitu lebih kurang 25 hektar sahaja. Apabila DETER kehilangan signifikasi terhadap pengiraan kadar penyahutanan, Brazil telah bergantung kepada PRODES (Program to Calculate Deforestation in the Amazon - Program Pengiraan Penyahutanan di Amazon), ia boleh mengesan kawasan penyahutanan lebih daripada 6.5 hektar, bagi melakukan penentuan kadar tahunan penyahutanan. Institut Kajian Angkasa Nasional Brazil (INPE) pula menyatakan bahawa, data daripada DETER tidak seharusnya digunakan untuk membuat statistik kadar anggaran tahunan penyahutanan.

Penyahutanan Menurun pada bulan Ogos

Menurut Teixeira, data DETER yang terkini menunjukkan kadar penyahhutanan di kawasan Amazon Brazil berkurangan, dengan pembersihan hutan sebanyak 265 kilometer persegi pada Ogos 2010, menurun kepada 47 peratus daripada 498 kilometer persegi pada Ogos 2009. Data-data bagi tempoh Ogos 2009-Julai 2010 akan dikeluarkan pada bulan November.



Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010