Malay
Kerjasama, pemuliharaan dan gerakan hijau
Diterjemahkan oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
mongabay.com
21/10/2010


Perkembangan industri penyahutanan dan implikasinya terhadap pemuliharaan.

Tidak ada yang lebih memedihkan daripada melihat imej hutan hujan yang dirobohkan oleh jengkaut raksasa, ditumbangkan oleh penebang gergaji, dan dibakar oleh pemaju-pemaju syarikat besar. Hari ini, aktiviti korporat tersebut telah digantikan oleh petani-petani berskala-kecil yang bertindak sebagai pelopor utama penyahutanan, perubahan ini memberikan implikasi yang kritikal terhadap pemuliharaan.

Sehingga kini, penyahutanan kebanyakannya dilakukan oleh mereka yang miskin – orang-orang miskin di negara-negara membangun membersihkan atau menghabiskan sumber asli hutan demi memberi makanan kepada keluarga mereka. Polisi kerajaan pada tahun 60-an, 70-an, dan 80-an telah memberikan pelbagai efek, memberi subsidi bagi pengembangan pertanian melalui pinjaman dengan kadar bunga rendah, projek-projek infrastruktur, dan skim koloni yang besar, terutamanya di Amazon dan Indonesia. Namun, selepas dua dekad, polisi ini telah berubah di kebanyakan negara berikutan depopulasi kawasan luar bandar, penolakan projek pembangunan yang dibiayai oleh kerajaan, perkembangan pasaran kewangan global, dan kewujudan komuniti-dunia. Penyahutanan, perikanan-terlampau, dan bentuk-bentuk degradasi alam sekitar kini adalah punca utama kepada kerjasama bagi memenuhi permintaan konsumer antarabangsa.

Sementara itu, pelaku industri mengeksplotasi sumber dengan lebih efisyen dan menyebabkan penyebaran kemusnahan hutan, mereka juga lebih sensitif terhadap tekanan daripada pengguna dan kumpulan-kumpulan alam sekitar. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini ia telah menjadi lebih mudah – dan lebih beretika – kepada kumpulan hijau mendapatkan kerjasama lebih-lebih lagi daripada petani-petani miskin.

Tindak balas intuitif yang dapat dilihat, kerjasama konsolidasi – satu tren sejak tahun 1990-an – juga telah menjadikan kerjasama antara kumpulan hijau dan syarikat lebih mudah. Jason Clay, Timbalan Presiden Senior Transformasi Pasaran WWF, menerusi nota ucapan TED pada bulan Julai di Oxford, telah meyakinkan syarikat-syarikat peneraju untuk merubah cara pengawalan sumber komoditi mereka bagi membolehkan mereka memiliki impak besar terhadap nilai penawaran global.


Sebagai contoh, semasa musim panas tahun 2009, Greenpeace telah menerbitkan satu laporan yang mengaitkan penyahutanan di Amazon dengan pengeluaran produk pengguna besar-besaran termasuk makanan segera seperti hamburger, tas tangan Gucci, dan kasut jenama Nike. Kejatuhan tersebut adalah serta-merta – industri penternakan Brazil, adalah yang terbesar di dunia dan pendesak dominan dalam politik Brazil – telah menyebabkan ia tidak dapat bergerak secara mutlak. Penternak lembu terbesar Brazil menunjukkan pejabat mereka telah diserbu dan pinjaman disekat atau ditarik balik. Mereka juga berdepan dengan pertambahan ancaman daripada pihak kerajaan – diketuai oleh pendakwaraya awam negeri Para – dan teguran awam yang keras daripada sesetengah pembeli mereka termasuk Walmart, Nike, dan Timberland, yang mana menuntut kebertanggungjawaban besar bagi ikatan bekalan mereka. Di bawah tekanan daripada pelanggan dan kerajaan, penternak prosesor Brazil dan pedagang telah mencapai kesepakatan, mengisytiharkan polisi dan moratorium terhadap penyahutanan yang baharu. Komoditi yang paling laris di Amazon Brazil dipercayai menjadi pengurusan rantaian-bekalan, pemijahan terburu-buru untuk membentuk sistem pensijilan dan pendaftaran bagi ladang yang ‘bertanggungjawab’.


Bilangan penternakan lembu di Legal Amazon berkembang pesat: antara tahun 1990 dan 2003, lebih dua kali ganda, daripada 26.6 juta kepada 64 bilion ekor – 60 peratus daripadanya adalah daripada negeri Mato Grosso dan Para. Foto dan Imej ihsan daripada Greenpeace’s Amazon Cattle Footprint. Klik untuk besarkan imej
“Industri-industri – daripada Nike dan Adidas kepada pembunuhan tanaman – berada dibawah tekanan untuk memiliki rantaian bekalan yang bersih,”menurut John Carter, seorang penternak yang menubuhkan Alianca da Tera, sebuah NGO Brazil yang membangunkan sistem pendaftaran tanah bagi menyokong sistem pensijilan untuk industri ternakan. “Greenpeace pada asasnya telah menyediakan satu mandat persekutuan yang mana semua orang harus mematuhinya melalui pendaftaran tanah”.

“Greenpeace telah menukar permainan. Penatalayanan alam sekitar akan menjadi standard pengeluaran pensijilan selepas insentif ekonomi – seperti penjaman berbunga rendah dan akses kepada gambar yang menunjukkan kesedaran pembeli dipamerkan”.

Tekanan untuk melaksanakan reformasi ini telah dipimpin oleh pembeli-pembeli besar . Walmart Brazil, pembeli daging lembu terbesar di negara ini dan Grupo Pao de Acucar, rangkaian supermarket besar, telah menyediakan sistem pengesanan pertama untuk daging lembu bagi membolehkan pelanggan mengesan ladang asal daging tersebut menerusi telefon bimbit atau sambungan internet. Kedua-dua syarikat merancang untuk memperluaskan sistem pengesanan tersebut kepada balak dan soya yang berasal dari Brazil bagi memastikan bahawa pengeluaran komoditi tersebut tidak dihasilkan dengan mengorbankan hutan hujan.


Ladang kelapa sawit yang bersebelahan dengan hutan hujan tropika
Bukan hanya industri ternakan Brazil yang terkejut dengan tindakan dan kempen oleh aktivis. Unilever, konglomerat produk-pelanggan yang merupakan syarikat pembeli minyak kelapa sawit terbesar di dunia, terjebak dalam skandal pada tahun 2008 ketika Greenpeace mendakwa bahawa syarikat pembekal – seolah ‘bertanggungjawab’ terhadap pengeluaran minyak kelapa sawit – telah menyumbang kepada kemusnahan hutan di Borneo. Dengan melantik penyiasat bebas, Unilever telah mengetahui bahawa pembekal minyak kelapa sawit, Sinar Mas Agro Resources and Technology (SMART), sememangnya terbabit dalam aktiviti pemusnahan hutan hujan dan pelepasan karbon tanah gambut. Pada Disember 2009, Unilever telah menggantung pembelian daripada syarikat tersebut. Rentetan daripada itu, Nestle, Kraft, Burger King dan General Mills telah menjejaki langkah tersebut. Cergill, pengimport minyak kelapa sawit terbesar di Amerika telah memberi tekanan kepada syarikat induk SMART, Golden Agri Resources untuk membersihkan operasinya.

Contoh lain yang serupa juga berlaku di Madagascar, sebuah ‘harta karun’ keperlbagaian biodiversiti di Lautan Hindi. Semasa rampasan kuasa oleh tentera lebih setahun yang lalu, taman hutan hujan Madagascar telah ‘dikepung’ oleh pembalak haram yang menyasarkan rosewood dan kayu keras berharga. Balak-balak tersebut kebiasaannya diangkut oleh pembekal antarabangsa untuk Reunion dan Mauritius, kemudiannya ke negara China di mana ia dijadikan perabot untuk tujuan eksport. Sebahagiannya berakhir di Eropah dan Amerika Syarikat. Pemimpin rampasan kuasa Madagascar ini ternyata terlibat dalam perdagangan yang menguntungkan, sehingga sukar untuk mengatasi masalah tersebut di peringkat akar umbi. Maka, tekanan diarahkan terhadap permerdagangan rosewood – sekurang-kurangnya dalam jangkamasa pendek – adalah terhadap syarikat perkapalan asing. Berdepan dengan operator pelancongan yang usahanya bergantung kepada taman nasional dan hidupan liar, tiga syarikat akan menghentikan perdagangan rosewood.

Kayu balak Rosewood di Madagascar
Walau bagaimanapun, Delmas, sebuah syarikat Perancis, terus membawa rosewood selama berbulan-bulan sehingga target bagi persekitaran jelas. Apabila dikatakan terdapat kebocoran dalam penghantaran akan berlaku, penjadualan dilakukan pada akhir Disember, Foreset.org, sebuah kumpulan aktivis berasaskan web yang diasaskan oleh Glen Barry, mengambil peluang, ‘mengebom’ syarikat dan kerajaan Perancis dengan ribuan mesej menyatakan bahawa Delmas telah mengurangkan posisi dan kedudukan rundingan dengan Perancis serta memudahkan kemusnahan taman negara Madagascar. Kerajaan Perancis dimasukkan kerana mengambil-kira kedudukan pemuliharaan hutan yang kuat semasa perbincangan di Copenhagen.

Kempen tersebut telah banyak membuktikan bahawa Delmas dan penghantaran besar-besaran rosewood yang bernilai $20-80 juta – telah dibatalkan. Beberapa minggu kemudian Delmas telah menghentikan perniagaan rosewood walaupun terdapat ancaman terus daripada pemimpin rampasan kuasa yang menyatakan bahawa mereka akan menyenarai hitam sekiranya tidak meneruskan perdagangan. Seorang wakil Delmas menyatakan bahawa perkara tersebut tidak seteruk merosakkan reputasi syarikat dengan kegiatan pembalakan haram.

“Ia benar-benar mengesahkan bahawa aktivis-aktivis alam sekitar telah banyak mempengaruhi sesebuah syarikat besar seperti Delmas,” kata Dr Willian Laurance, seorang penyelidik di James Cook Universiti di Australia, yang telah menganalisis peralihan penyahutanan daripada pemacu-kemiskinan kepada pemacu-perusahaan. “Banyak syarikat mempelajari bahawa perniagaan adalah tidak bagus sekiranya mereka terlibat dalam amalan-amalan persekitaran yang buruk. Pujian kepada Delmas kerana menukar strategi mereka juga Glen serta rakan-rakannya yang memfokuskan terhadap isu kritikal ini”.

Namun, ketika kempen tersebut mencapai objektif jangka pendek iaitu menghalang penghantaran rosewood, reaksi daripada pedagang telah mencerminkan kesukaran melampaui batas syarikat. Misalnya, selepas seorang pelanggan di Jerman mengadu kepadapihak berkuasa bahawa Theodor Nagel, pengimport utama kayu tropika yang berpusat di Jerman, adalah iklan “rosewood Madagascar” pada laman sesawang syarikat iaitu menggantikan “Madagascar” dengan “Brazil”. Lebih-lebih lagi, pedagang di Madagascar dilaporkan lebih bijak mencari jalan bagi menghantar rosewood. Mereka juga mungkin mendapat bantuan daripada kargo China, yang mana pemiliknya mempunyai kurang kritikan di peringkat antarabangsa.

Pelabelan semula oleh Theodor Nagel hanyalah salah satu contoh bagaimana syarikat dapat menangkis kempen alam sekitar. Greenwashing – atau kekeliruan terhadap kualiti produk alam sekitar – adalah salah satu strategi biasa.

“Setiap syarikat yang berhubungkait dengan perdagangan kemusnahan adalah berkemungkinan memiliki fungsi ‘PR Flash-media smokesreen’ mengenai alam sekitar dan meningkatkan semangat penduduk miskin dunia”, kata Rowan Moore Gerety, seorang wartawan yang melaporkan mengenai isu-isu keseimbangan alam sekitar. “Ia dijual kepada kita (pelanggan) sebagai transparansi mengenai projek, walaupun secara faktanya kita tidak mempunyai sebarang maklumat tentang asasnya, yang mana sangat dipersoalkan menerusi kimia, ekonomi, dan perdagangan”.


Aktivis Greenpeace menebarkan sepanduk gergasi “APP-Stop destroying TigerForest” dalam kempen menentang Asia Pulp&Paper(APP). Kain rentang tersebut ditempatkan di kawasan yang aktif dengan kegiatan pembersihan oleh PT.Tebo Multi Agro (TMA), sebuah syarikat gabungan APP, di bahagian selatan lanskap Bukit Tigapuluh. Gambar ihsan oleh Greenpeace.
Contoh utama yang boleh ditemui dalam Sinar Mas Group, konglomerat yang mengawal SMART, dan Asia Pulp & Paper (APP), jenama produk kertas yang bersumberkan daripada beberapa syarikat Indonesia dan telah menjadi sasaran oleh kumpulan-kumpulan hijau kerana memiliki rekod buruk berkenaan alam sekitar. Kempen yang diterajui oleh Rainforest Action Network, Forest Ethics, Greenpeace, dan WWF (bekas rakan kongsi), antara lain, turut dipimpin oleh pembeli APP paling menonjol – antaranya Staples, Office Depot, Walmart, Woolworth, dan Gucci Group – untuk membatalkan kontrak dengan syarikat tersebut. Tambahan pula, Forest Stewardship Council (FSC), standard hijau bagi produk hutan, menghalang APP untuk menggunakan lebel-eko pada produknya. Bagi mengelak kehilangan pelanggan, APP telah memulakan kempen untuk mengubah syarikatnya sebagai pelopor terhadap keseimbangan alam sekitar. Laman sesawang terbarunya bercirikan suara-suara burung dan hutan hijau sementara menyatakan sokongannya untuk “keseimbangan ekonomi, sosial dan persekitaran”. Syarikat itu juga menerbitkan iklan di CNN dan turut menghebohkan ‘surat akuan’ hijaunya.

APP mengekalkan operasinya antara undang-undang Indonesia dan berminat dalam bentuk operasi keseimbangan alam sekitar jangka panjangnya. Syarikat tersebut juga bergerak untuk melindungi beberapa kawasan hutan, mengumumkan bahawa mereka akan menyisihkan lebih dari 15 000 hektar hutan gambut Sumatera dalam projek pemuliharaan karbon yang dikatankan bakal menguntungkan masyarakat setempat bulan ini.

“Kami komited untuk melindungi hutan dan tanah gambut kritikal dengan nilai pemuliharaan tinggi, tetapi kelestarian hutan di Indonesia juga sangat bergantung kepada keseimbangan masyarakatnya”. Kata Ian Lifshitz, Pengurus Sustainability & Public Outreach di APP. “Kami beruntung kerana pembangunan komuniti adalah sebuah produk pernigaan tersebut dan kami akui bahawa secara faktanya pembentukan peluang kepada komuniti merupakan sebahagian daripada misi kami. Karbon hutan adalah salah satu pilihan baru yang boleh kami gunakan dengan menyisihkan kawasan di dalam konsesi tanah kami yang dimerit untuk pemuliharaan”.

“Program ini dibangunkan sebagai alat bagi menyediakan lebih banyak pendapatan yang berterusan kepada masyarakat asal melalui pembentukan peluang pekerjaan untuk mereka, [pembentukan] eko-pelancongan…[dan] membantu mengembangkan eko-pelancongan atau pembiayan mikro”, ulasnya mengenai projek karbon. “Tujuan kami ialah menjadikanya sebagai program perintis dan terus melakukan pelaburan dalam komuniti tempatan yang lain pada masa akan datang”.




Hutan sihat dan kawasan yang mengalami penyahutanan di orneo. Bekas habitat yang sesuai bagi orang utan, selepas itu (walaupun tuntutan yang bertentangan dengan kumpulan pemasaran minyak kelapa sawit) tidak.
Namun begitu, sementara projek karbon APP dan mesejnya menyarankan agar sebuah syarikat yang lebih hijau dan mesra masyarakat, ia mengupah syarikat pelobi terkenal bagi menunjukkan syarikat tersebut masih melabur dalam pendekatan lain bagi menangani kritikan: greenwashing (pembersihan hijau). APP dan Sinar Mas tetap mempertahankan perkhidmatan daripada Alan Oxley, seorang bekas diplomat Australia, beliau adalah pakar dalam menguruskan imej syarikat perhutanan, termasuk salah sebuah syarikat pembalakan yang paling kontraversi di dunia, Rimbunan Hijau, yang mana operasinya telah lama disenaraikan sebagai ‘pemusnahan alam sekitar’ di Papua New Guinea, malaysia, dan Indonesia. Menerusi NGO barunya, World Growth International, dan konsultansinya, ITS Global, laporan masalah Oxley dan sidang media mengandungi tuntutan meragukan berkenaan penyebab yang menjadi latarbelakang penyahutanan, kumpulan yang bekerja bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat miskin di luar bandar, dan inisiatif pensijilan-komuniti. Bahkan, Oxley menggunakan bahasa untuk menunjukkan bahawa wangtari Maathai, pemenang Hadiah Nobel Keamanan tahun 2004 dalam kempen penanaman pokok di Afrika, menyokong penukaran dalam skala besar hutan hujan tropika untuk industri pertanian. Maathai tidak menyuarakan sokongan untuk kegiatan tersebut, yang mana bertentangan dengan semangat masyarakatnya – berasaskan Greenbelt Movement, dan beliau juga menyatakan bahawa tidak menyokong World Growth International.

“Maathai secara tegasnya tidak menyokong kenyataan Oxley.” Kata Francesca de Gasparis, Pengarah Green Belt Movement International.

Kempen Oxley pada akhir-akhir ini telah dikritik oleh kumpulan baru Amerika Syarikat iaitu Consumer Alliance for Global Prosperity (CAGP). CAGP menuduh “kolusi” terhadap syarikat perhutanan Asia dan aktivis alam sekitar, syarikat yang telah melaksanakan kriteria eko-sumber bagi produk kertas (kebanyakannya adalah syarikat APP telah kehilangan ramai pelanggan), dan kesatuan pekerja. CAGP menyangkal sebarang hubungan dengan World Growth International, namun masih menggunakan senarai yang sama (seperti yang dilakukan oleh think-tank baru Nigeria, Initiative for Public Policy Analysis).

Kempen Oxley telah meluas kepada minyak kelapa sawit, yang mana telah memperlihatkan perkongsian dalam greenwashing, banyak merugikan tanggungjawab pengeluar yang ternoda oleh perilaku buruk beberapa aktor. Minyak kelapa sawit adalah sumber kebajikan yang tertinggi di dunia – menghasilkan sumber minyak sayuran, perluasan hutan seluruh Indonesia dan Malaysia lebih 25 tahun lalu digunakan bagi tujuan tersebut. Analisis data daripada penderiaan-jauh (remote-sensing) menunjukkan bahawa lebih daripada setengah perluasan sejak tahun 1990 telah mengorbankan hutan semulajadi. Namun, dengan tidak mengakui perkara tersebut dan menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar, badan pemasaran bagi industri lebih cenderung melakukan usaha penolakkan dan greenwashing – usaha yang dilihat meniru taktik yang digunakan oleh industri bahan bakar fosil di Amerika Syarikat. Kempen pemasaran bersepadu merangkumi laman sesawang, blog, think-tank, editorial, dan pengiklanan. Tetapi mesej yang disampaikan pada ketika itu telah membawa kepada perhatian yang tidak diingini : penempatan tersebut telah disekat kerana tuntutan palsu sebanyak dua kali oleh Britain’s Advertising Standards Aothority (ASA), sebuah kumpulan yang mengatur pengiklanan. Satu penempatan video menggunakan iguana-iguana dan burung humming – spesis yang ditemui berhampiran Malaysia – bagi menunjukkan penghayatan kepelbagaian biodiversiti yang tumbuh subur di ladang walaupun laporan oleh badan kajian saintifik yang besar menunjukkan bahawa ladang kelapa sawit adalah sangat miskin dari segi biologinya jika dibandingkan dengan hutan yang ditebang secara teruk. Dr. Yusof Basiron, CEO Malaysian Palm Oil Council, badan pemasaran yang disokong kerajaan dalam industri minyak kelapa sawit Malaysia, menyimpang terlalu jauh dengan mendakwa bahawa adalah suatu yang membahayakan kepentingan orang utan sekiranya tinggal berdampingan dengan ladang kelapa sawit. Aktivis alam sekitar mencerca, dan mempertahankan bahawa pengembangan industri minyak kelapa sawit adalah salah satu ancaman terbesar kepada orang utan.


Penyahutanan di Peru
Usaha-usaha menunjukkan sejauhmana syarikat akan berusaha untuk menyesatkan pengguna. Namun, beberapa ahli industri menyedari bahawa ia akan memakan masa yang lama daripada pembohongan dalam mengurangkan keprihatinan alam sekitar dan bekerja untuk meningkatkan prestasi alam sekitar melalui skim pensijilan yang menetapkan standard bagi pengeluaran dan pengedaran. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kemampuan serta kebijaksanaan pelanggan untuk membezakan antara minyak kelapa sawit serta kayu “baik” dan “buruk”, bukan hanya dengan membuat kesimpulan bahawa semua komoditi, dan memberi keutamaan kepada produk-produk “hijau”. Bagi sesetengah pasaran – dalam beberapa kes terutama India dan China, bahkan Amerika Syarikat dan Eropah – wujud sedikit keinginan antara pelanggan untuk membuat bayaran premium bagi barangan mesra-alam sekitar. Maka, sementara beberapa pengeluar minyak kelapa sawit telah mencampakkan diri mereka ke di sebalik sebuah skim pensijilan yang disusun oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), permintaan terhadap sijil tersebut telah menjadi lambat dikeluarkan. Sehingga permintaan tersebut memakan masa beberapa bulan, kumpulan-kumpulan alam sekitar seperti WWF – yang menyokong RSPO – berada di bawah tekanan bagi menunjukkan kepada pengilang bahawa tidak ada salahnya mereka menanggung kos tambahan untuk minyak sawit yang lebih “hijau”. Pelanggan apatis sehingga terbukti boleh menjadi ancaman terbesar kepada penghijauan rantaian bekalan, dan kumpulan aktivis mungkin merasakan bahawa mereka harus menjadi pemerhati kepada syarikat yang mengadaptasi pendekatan mesra alam untuk perniagaan mereka. Tetapi pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan aktivis alam sekitar perlu berhati-hati terhadap semangat yang melampau dalam kempen mereka. Salah anggapan terhadap keburukan sesebuah syarikat atau melebih-lebihkan masalah ‘keparahan’ alam sekitar – perilaku tersebut digelar “blackwashing” – berisiko merosakkan kepercayaan dan sokongan awam dalam jangka masa panjang. Greenpeace misalnya telah dikritik kerana menjadi juara dalam ‘drama melampaui fakta’. Tetapi, menerusi contoh yang terbaru di Asia Tenggara dan Brazil menunjukkan bahawa apabila kumpulan-kumpulan aktivis mendapat fakta yang benar, dan ia ‘bergema’ di kalangan pelanggan, usaha tersebut boleh memberi kesan yang mendalam. Laporan Greenpeace pada musim panas yang lalu adalah suatu alasan yang kukuh mengapa industri penternakan lembu di Brazil sekarang berada di puncak perubahan daripada menjadi punca utama penyahutanan kepada komponen yang kritikal dalam membantu mengurangkan perubahan cuaca.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010