Malay
Tututan mengelirukan daripada pelobi minyak sawit
Komen oleh Rhett A. Butler, mongabay.com
Diterjemah oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
23 Oktober 2010


Surat ini telah disampaikan untuk akhbar The News Straits Times minggu lalu sebagai suatu maklum balas kepada pengarang, terhadap Alan Oxley. The New Straits Times belum menerbitkan surat tersebut pada ketika ini. Maka, ia diterbitkan di laman sesawang mongabay.com.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada 9 Oktober dalam New Straits Times (“Why does World Bank hate palm oil?”), Alan Oxley, iaitu bekas diplomat Australia yang mana telah berkhidmat sebagai pelobi untuk syarikat pembalakan dan peladangan, telah membuat tuntutan mengelirukan dalam kes melawan Bank Dunia dan International Finance Corp (IFC) bagi menentukan kriteria sosial dan persekitaran yang ketat untuk pinjaman kepada syarikat-syarikat minyak kelapa sawit. Ia dilihat sangat penting bagi Oxley dalam meluaskan usahanya untuk mengurangkan perlindungan terhadap masyarakat luarbandar dan alam sekitar.


Pembersihan hutan untuk tanaman pokok kelapa sawit di Sarawak Tengah.


Pembersihan hutan untuk tanaman pohon kelapa sawit berhampiran Tanjung Putting di Kalimantan Tengah, Indonesia. Foto hak milik Google Earth.
Dalam tulisannya, Oxley telah menyalah-kategorikan proses audit IFC; mengelirukan badan pembuat-polisi Bank Dunia; dan mengemukakan dakwaan terhadap kumpulan yang salah kepada IFC. Oxley mengambarkan proses pelbagai-pihak yang dilaksanakan oleh Bank dalam merancang strategi untuk meneruskan pinjaman kepada syarikat-syarikat minyak kelapa sawit sebagai “kepentingan hijau, sebahagiannya berpusat di negara-negara kaya, melampaui misi utama Bank dalam mengurangkan kemiskinan” walaupun secara faktanya, sebahagian besar mereka yang menandatanganinya mendakwa kepada Bank Dunia sebagai penduduk tempatan, kumpulan petani dan organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Oxley mendakwa bahawa kempen tersebut dijalankan atas nama membasmi kemiskinan, namun masalah utama Bank Dunia ialah berkenaan hak ke atas tanah masyarakat miskin sekitar luar bandar yang dimusnahkan oleh syarikat minyak kelapa sawit yang besar. Sekiranya Oxley tulus terhadap penderitaan orang miskin, mengapa beliau memihak kepada beberapa syarikat pembalakan dan perhutanan yang paling mendapat kritikan dunia?

Jawapannya sangat mudah, Oxley menggunakan “anti-kemiskinan” sebagai platform untuk mengurangkan peraturan termasuk perlindungan sosial yang dikenakan terhadap syarikat perhutanan besar, yang mana dalam industri tersebut menunjukkan keperluan terhadap keselamatan (misalnya dalam bulan ini adalah berkenaan kesesakan di Rajang). Sementara itu, banyak syarikat- termasuk Wilmar, yang mana termasuk dalam dakwaan utama IFC-telah beransur-ansur bergerak ke arah dasar yang lebih bertanggungjawab bagi menjamin kelangsungan hidup jangkamasa panjang industrinya dan kesihatan persekitaran, masih terdapat tidak berpegang pada terma tersebut serta masih gemar untuk mengelirukan orang awam menerusi peningkatan operasinya. Menerusi itulah Oxley datang dengan dasar Washington D.C- berasaskan World Growth International dan pemasaran syarikatnya iaitu ITS Global.




Peluasan pengeluaran minyak kelapa sawit menghasilkan pendapatan yang cukup besar di Malaysia dan Indonesia, tetapi telah menimbulkan konflik sosial di beberapa tempat.
Oxley sangat cepat untuk ‘menyerang’ sesiapa sahaja yang mengkritik salah satu pelanggan syarikatnya sebagai fanatik-alam sekitar dengan agenda anti-pembangunan. Kebelakangan ini, beliau sangat aktif atas nama syarikat Sinar Mas Holding, yang mana berada di bawah tekanan daripada NGO kerana konflik dengan masyarakat dan kes penyahutanan di Sumatera dan Kalimantan. Dalam usaha tersebut, baru-baru ini Oxley telah melancarkan beberapa terbitan di media, laporan (kadangkala diterbitkan sebagai audit “bebas”), dan artikel yang mengandungi maklumat diputar-belit dan fakta rasuah yang tidak benar. Oxley telah membuat dakwaan palsu berkenaan punca yang menyebabkan aktiviti penyahutanan berlaku, prestasi persekitaran akibat daripada kelapa sawit, kumpulan yang berkidmat untuk meningkatkan kesejahteraan orang miskin di luar bandar, dan inisiatif perakuan-komoditi. Bahkan, beliau telah menggunakan bahasa yang menunjukkan bahawa Wangari Maathai, pemenang Hadiah Nobel Keamanan kerana kempen penanaman-pokok di Afrika, menyokong aktiviti perhutanan dalam skala besar terhadap hutan tropika untuk industri perhutanan. Maathai tidak pernah menyuarakan sokongan untuk aktiviti seumpama itu, yang mana bertentangan dengan semangatnya yang berasaskan komuniti Greenbelt Movement, dan juga tidak menyokong World Growth International.

Putar-belit dan kekeliruan ini akan merosakkan kesihatan jangka panjang dan keupayaan setiap industri yang membayar Oxley. Syarikat-syarikat ini boleh mempunyai peranan sentral dalam pemanfaatan secara bijak terhadap pengurusan sumber semulajadi dan ia adalah sangat memalukan apabila Oxley cuba menghalang peranan positif itu menerusi kempennya.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010