Malay



APAKAH YANG MEMBENTUK HUTAN HUJAN?

Setiap hutan hujan adalah unik tetapi terdapat beberapa ciri persamaan di kalangan hutan hujan tropika.
  1. Kedudukan: hutan hujan terletak di kawasan “tropika”
  2. Jumlah hujan: hutan hujan menerima sekurang-kurangnya 80 inci hujan setiap tahun
  3. Kanopi: hutan hujan mempunyai kanopi yang terbentuk daripada dahan dan daun-daun pokok-pokok hutan hujan yang rapat. Kebanyakan tumbuhan dan haiwan hidup di kanopi hutan. Kanopi tersebut boleh terletak pada ketinggian kira-kira 100 kaki dari dasar tanah.
  4. Kepelbagaian benda hidup: hutan hujan mempunyai kepelbagaian benda hidup atau kepelbagaian biologi pada tahap tinggi. Kepelbagaian biologi merupakan kata nama bagi semua benda hidup – seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan kulat – yang didapati di dalam sesuatu ekosistem. Saintis mempercayai bahawa kira-kira setengah daripada tumbuhan dan haiwan yang boleh didapati daripada permukaan bumi hidup di dalam hutan hujan.
  5. Hubungan simbiotik antara spesies: spesies di dalam hutan hujan selalunya bekerjasama antara satu sama lain. Hubungan simbiotik adalah hubungan di mana dua spesies yang berbeza saling bermanfaat dengan bantu-membantu di antara satu sama lain. Misalnya, beberapa tumbuhan menghasilkan struktur perumahan kecil dan gula kepada semut. Sebagai balasan, semut akan melindungi tumbuhan tersebut daripada serangga yang lain daripada makan dedaun tumbuhan.





Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler