Malay



Ikan Hutan Hujan

Air hutan hujan tropika termasuk sungai, teluk sempit, tasik dan paya adalah hunian kepada majoriti spesies ikan air tawar. Di Lembah Amazon sahaja mempunyai lebih daripada 3000 spesies dikenalpasti dan berkemungkinan besar mempunyai ramai lagi spesies yang belum dijumpai.

Kebanyakan ikan tropika yang dijaga dalam akuarium air tawar berasal daripada hutan hujan. Ikan seperti Angelfish, neon tetras, Discus dan ikan keli yang makan alga didapati daripada Amerika Selatan; manakala Danios, Gouramis, Siamese Fighting Fish (atau Betta), dan Clown Loach adalah daripada Asia.






Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler