Malay
IndonÚsie


KANAK-KANAK DI DALAM HUTAN HUJAN

Walaupun mereka tidak menonton TV, menggunakan internet atau bermain dengan permainan video, kanak-kanak dalam hutan hujan melakukan banyak perkara yang juga anda lakukan. Mereka bermain dengan kawan, membantu keluarga mereka dalam kerja harian, dan pergi ke sekolah.

Sementara "kanak-kanak hutan" tinggal lebih rapat dengan alam semula jadi berbanding dengan budak Amerika, mereka mempelajari perkara yang menyumbang kepada persekitaran di sekeliling mereka. Sejak umur yang kecil, banyak kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk memancing, memburu dan memungut hasil hutan dan makanan daripada hutan. Mereka tidak mencari keriangan di tapak permainan atau tempat membeli-belah, sebaliknya budak-budak di tempat seperti Amazon menghabiskan masa mereka di luar rumah bermain di dalam hutan dan di sungai.






Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler