Malay
Le for�t humide


APAKAH ITU KANOPI?

Di dalam hutan hujan, kebanyakan tumbuhan dan haiwan tidak didapati di lantai hutan tetapi di dalam dunia dedaun yang dikenali sebagai kanopi atau serimbun daun-daun. Kanopi yang boleh mencapai ketinggian 100 daripada dasar tanah, terbentuk daripada tindihan-tindihan dahan, ranting dan dedaun pokok-pokok hutan hujan. Saintis menjangkakan bahawa 70-90% benda hidup di hutan hujan didapati di kalangan pokok-pokok, menjadikan pokok habitat yang kaya dengan tumbuhan dan haiwan. Banyak haiwan yang terkenal seperti monyet, katak, cicak, burung, ular, sloth dan kucing kecil didapati di kanopi.

Persekitaran kanopi adalah sangat berbeza dengan persekitaran lantai hutan. Sewaktu siang, kanopi adalah lebih kering dan panas daripada bahagian hutan yang lain. Tumbuhan dan haiwan yang hidup di situ boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di atas pokok. Misalnya, disebabkan kuantiti dedaun kanopi yang menyukarkan penglihatan lebih daripada beberapa kaki, banyak haiwan kanopi bergantung kepada panggilan lantang atau lagu yang ghairah untuk berkomunikasi. Jurang antara pokok bermakna terdapat beberapa haiwan kanopi terbang, melayang atau melompat untuk bergerak di sekeliling puncak pokok.

Para saintis telah lama berminat dalam mengkaji kanopi tetapi disebabkan ketinggian pokok hutan hujan, penyelidikan sukar dijalankan. Kini terdapat kemudahan khas seperti jambatan tali, tangga dan menara yang membantu saintis meneroka rahsia kanopi.

Kanopi hanya adalah salah satu daripada beberapa jenis lapisan menegak di dalam hutan hujan. Sila merujuk kepada diagram di sebelah kiri untuk melihat lapisan yang lain (tingkat atas, tingkat bawah, lapisan pohon rendah dan lantai hutan).




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler