Malay



KENAPAKAH HUTAN HUJAN MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS TUMBUHAN DAN HAIWAN?

Hutan hujan tropika menyokong kepelbagaian organisma hidup yang terbesar di atas Bumi. Walaupun ia melitupi kurang daripada 2% permukaan Bumi, hutan hujan menempatkan lebih daripada 50% tumbuhan dan haiwan di atas Bumi. Di sini adalah beberapa contoh kekayaan hutan hujan:
  • hutan hujan mempunyai 170,000 daripada 250,000 jumlah spesies tumbuhan yang telah dikenalpasti di dunia ini.
  • Amerika Syarikat mempunyai 81 jenis spesies katak, manakala Madagascar yang lebih kecil daripada Texas, mempunyai 300 jenis spesies.
  • Eropah mempunyai 321 jenis spesies rama-rama, manakala sebuah taman dalam hutan hujan Peru (Taman Negara Manu) mempunyai 1300 jenis spesies.
Hutan hujan mempunyai banyak jenis tumbuhan dan haiwan disebabkan oleh alasan-alasan berikut:
  • Cuaca: kerana hutan hujan terletak di kawasan tropika, Ia menerima sinaran cahaya matahari yang banyak. Cahaya matahari ini ditukarkan kepada tenaga oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis. Cahaya matahari yang banyak bermakna terdapat banyak tenaga di dalam hutan hujan. Tenaga ini disimpan dalam tumbuhan yang kemudiannya dimakan oleh binatang. Dengan itu banyak makanan bermakna si situ banyak spesies tumbuhan dan haiwan.
  • Kanopi: struktur kanopi hutan hujan bermakna terdapat banyak tempat untuk tumbuhan bertumbuh dan tempat hidup untuk haiwan. means there are more places for plants to grow and animals to live. Kanopi menawarkan sumber makanan baru, perlindungan dan tempat berteduh, membekalkan dunia lain untuk interaksi di kalangan spesies berlainan. Misalnya, sejenis tumbuhan kanopi yang dikenali sebagai bromeliad menyimpan air di dalam daunnya. Haiwan seperti katak menggunakan air yang tersimpan ini untuk memburu makanan dan melahirkan telurnya di situ.





Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler