Malay



PENDUDUK HUTAN HUJAN

Hutan hujan tropika merupakan kediaman kepada beberapa suku kaum yang bergantung kepada persekitaran mereka untuk makanan, perlindungan dan perubatan. Kini hanya sebilangan penduduk hutan yang hidup dengan cara tradisi; kebanyakan mereka kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh penduduk dari tempat lain atau terpaksa menyerahkan cara hidup mereka oleh kerajaan.

Di kalangan penduduk hutan yang tertinggal, kebanyakan populasinya boleh didapati di Amazon, walau bagaimanapun, penduduk ini juga menerima impak daripada dunia moden. Apabila mereka masih menggunakan sumber hutan melalui memburu dan memungut hasil, kebanyakan orang Amerindian menanam tanaman (seperti pisang, ubi kayu dan beras), menggunakan barangan Barat (seperti periuk logam, kuali dan perkakas dapur), dan mengunjung ke pekan dan bandar untuk membawa makanan dan barang-barang keluaran mereka untuk dijual di pasar. Penduduk hutan ini masih boleh mengajar kita banyak perkara mengenai hutan. Ilmu pengetahuan mereka mengenai tumbuhan perubatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit adalah hebat dan mereka mempunyai kefahaman yang luas mengenai ekologi hutan hujan Amazon.

Di Afrika terdapat penghuni hutan asli yang dikenali sebagai orang kerdil. Orang yang tertinggi daripada suku ini dikenali sebagai Mbuti, jarang melebihi ketinggian 5 kaki. Saiz kecil mereka membolehkan mereka bergerak di dalam hutan dengan lebih berkesan daripada orang yang lebih tinggi.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler