Malay



ILMU TUMBUHAN PERUBATAN ORANG ASLI

Salah satu bidang kajian yang menarik dalam hutan tropika adalah etnobotani yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan tumbuhan semula jadi bagi merawat kesakitan dan penyakit. Penduduk hutan mempunyai ilmu tumbuhan perubatan yang hebat dengan ubat-ubatan yang boleh merawat semua kesakitan dari gigitan ular hingga mengubati tumor.

Sehingga kini, banyak preskripsi ubat yang digunakan dalam dunia Barat adalah diperolehi daripada tumbuhan. 70% tumbuhan telah dipastikan mempunyai ciri anti-kanser oleh Institut Barah Nasional Amerika Syarikat (US National Cancer Institute) hanya didapati di dalam hutan hujan tropika.

Biasanya ilmu mengenai tumbuhan perubatan didukung oleh shaman atau "tokoh ubat" sesebuah kampung. Shaman selalunya merawat kesakitan semasa istiadat dan upacara dengan menggunakan tumbuhan yang dipungut dari sekeliling hutan.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler