|
|
|
APAKAH YANG TELAH BERLAKU TERHADAP ORANG ASLI AMAZON?
Sebelum perjumpaan �New World� atau Dunia Baru oleh Christopher Colombus pada abad ke-15, dijangka 7-10 juta Amerindian (satu istilah yang merujuk kepada orang asli Amerika) tinggal di hutan Amerika, separuh daripada mereka didapati di Brazil. Bandar-bandar besar wujud di Andes dan Amazon menggalakkan masyarakat pertanian.
Kehadiran orang Eropah membawa penamatan kepada peradaban asli di Amerika Tengah dan Selatan. Penyakit yang dibawa masuk oleh orang Eropah telah membunuh berjuta-jutaan orang Amerindian dan dalam masa 100 tahun kehadiran orang luar, populasi Amerindian dikurangkan sebanyak 90%. Kebanyakan orang asli yang terus hidup tinggal di pedalaman hutan: sama ada dipaksakan oleh orang Eropah, atau secara tradisinya tinggal di situ dalam kumpulan kecil.
Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.
|
|