Malay
USGS


HUTAN HUJAN MEMBANTU MENGEKALKAN KITARAN AIR

Hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air. Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (U.S. Geological Survey), "kitaran air, juga dikenali sebagai kitaran hidrologi, menghuraikan pergerakan air yang berterusan di atas, pada dan di bawah permukaan Bumi."

Peranan hutan hujan dalam kitaran air adalah menambahkan air kepada atmosfera melalui proses transpirasi (di mana mereka melepaskan air daripada daun mereka semasa fotosintesis). Lembapan ini menyumbang kepada pembentukan awan hujan yang kemudiannya akan melepaskan air balik kepada hutan hujan. Di Amazon, 50-80% lembapan tinggal di dalam kitaran air ekosistem.

Apabila hutan ditebang, kurang lembapan dalam atmosfera dan jumlah hujan menurun dan kadang-kala membawa kepada kemarau.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler