Malay



HUTAN HUJAN MENGURANGKAN HAKISAN

Akar pokok dan tumbuhan hutan hujan membantu mengukuhkan tanah. Apabila pokok ditebang, tiada lagi benda yang melindungi bumi dan tanah dihanyutkan oleh hujan. Proses tanah dihanyutkan dikenali sebagai hakisan.

Apabila tanah dihanyutkan ke dalam sungai ia menyebabkan masalah terhadap ikan dan manusia. Ikan menderita kerana air menjadi kabur, manakala manusia mempunyai masalah apabila memudiki laluan sungai yang cetek kerana jumlah tanah dan lumpur yang meningkat dalam air. Pada masa yang sama, petani akan kehilangan lapisan atas permukaan tanah yang penting untuk bertani.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler