Malay



KENAPAKAH HUTAN HUJAN DIMUSNAHKAN?

Setiap tahun satu kawasan hutan hujan yang bersaiz New Jersey ditebang dan dimusnahkan. Tumbuhan dan haiwan yang seharusnya tinggal dalam hutan ini sama ada mati atau terpaksa mencari hutan baru yang boleh didiami. Kenapakah hutan hujan dimusnahkan?

Manusia adalah sebab utama terjadinya pemusnahan hutan atau penyahhutanan. Manusia menebang hutan untuk pelbagai alasan, antaranya termasuk:
  • kayu-kayan untuk dijadikan balak atau bahan api;
  • pertanian untuk ladang kecil dan besar;
  • tanah untuk petani miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal;
  • ladang ragut untuk lembu; dan
  • pembinaan jalan raya





Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler