Malay



PEMBALAKAN DAN PENUAIAN KAYU BALAK DI DALAM HUTAN HUJAN

Salah satu sebab utama pemusnahan hutan adalah pembalakan. Banyak jenis kayu balak digunakan untuk pembuatan perabot, lantai dan pembinaan dituai daripada hutan tropika di Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Dengan membeli produk kayu tertentu, penduduk di tempat seperti di Amerika Syarikat sebenarnya menyumbang secara langsung terhadap pemusnahan hutan.

Sebenarnya pembalakan boleh dijalankan dengan cara yang kurang merosakkan alam persekitaran, tetapi kebanyakan pembalakan di hutan hujan adalah bersifat memusnahkan. Bilangan pokok yang besar ditebang dan diheret keluar daripada hutan, sementara jalan pengangkutan membuka kawasan pedalaman hutan kepada petani miskin untuk menjalankan pertanian. Di Afrika pekerja pembalakan selalunya bergantung kepada "bushmeat" atau daging rimbunan untuk memenuhi keperluan protein. Mereka memburu hidupan liar seperti gorila, rusa dan cimpanzi sebagai makanan.

Penyelidik mendapati bahawa bilangan spesies yang didapati di hutan hujan balak adalah jauh lebih rendah daripada hutan hujan primer yang belum diteroka. Banyak haiwan hutan hujan tidak dapat terus hidup di dalam persekiataran yang berubah.

Penduduk tempatan biasanya bergantung kepada tuaian daripada hutan hujan untuk dijadikan bahan api dan bahan pembinaan. Pada masa dahulu, amalan sedemikian tidak menyebabkan kemusnahan terhadap ekosistem. Namun, kini populasi manusia telah meningkat di setiap kawasan tertentu. Bilangan orang yang mengutip kayu telah meningkat secara mendadak dan boleh menyebabkan kemusnahan terhadap hutan hujan. Misalnya, pokok hutan di sekitar khemah mangsa pelarian di Afrika Tengah (Rwanda and Congo) telah dilucutkan sepenuhnya.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler