Malay



PERTANIAN DI DALAM HUTAN HUJAN

Setiap tahun beribu-ribu batu hutan hujan dimusnahkan untuk kegunaan pertanian. Dua kumpulan utama bertanggungjawab terhadap penukaran hutan hujan kepada tanah kebun, iaitu golongan petani miskin dan korporat atau syarikat.

Petani miskin dari seluruh tempat di dunia ini bergantung kepada cerang untuk menyara keluarga mereka. Tanpa hak memperolehi tnah pertanian yang bagus, golongan ini menggunakan cara tebang-dan-bakar untuk membersihkan sebidang tanah hutan dalam jangka masa pendek. Biasanya mereka berkebun di atas tanah yang telah dibersihkan untuk beberapa tahun. Sehinggalah tanah tersebut kehabisan nutrisi mereka akan pindah ke bidang tanah hutan yang baru.

Syarikat pertanian melakukan cerang lebih banyak berbanding masa dahulu, khususnya di dalam Amazon di mana sebidang kawasan hutan hujan yang luas ditukarkan menjadi ladang kacang soya. Beberapa orang pakar mempercayai bahawa Amerika Selatan pada suatu hari nanti akan mempunyai kawasan tanah ladang yang boleh menandingi Amerika Barat Tengah. Kebanyakan tanah ladang ini akan wujud dengan dibiayai oleh hutan hujan Amazon.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler