|
|
|
PERANAN KEMISKIANAN DALAM PENYAHHUTANAN
Kemiskinan memainkan peranan yang utama dalam penyahhutanan. Hutan hujan dunia biasanya berada di kawasan yang paling miskin di planet ini. Orang yang tinggal di dalam atau sekitar hutan hujan bergantung kepada ekosistem ini demi kelangsungan hidup mereka. Mereka mengutip buah-buahan dan kayu-kayan, memburu hidupan liar demi pemakanan dan diupah oleh syarikat yang mengekstrak sumber daripada kawasan hutan.
Kebanyakan golongan miskin pedalaman tidak pernah mempunyai pilihan seperti yang dimiliki oleh kita yang berada di negara Barat. Golongan manusia ini hampir tidak pernah berpeluang untuk pergi ke universiti atau menjadi doktor, pekerja kilang atau setiausaha. Mereka mesti hidup di atas tanah di sekitar mereka dan mempergunakan apa jua sumber yang boleh mereka jumpa. Kemiskinan mereka dibiayai oleh seluruh dunia melalui kehilangan hutan hujan tropika dan hidupan liar. Tanpa membantu golongan tersebut hutan hujan tidak dapat diselamatkan.
Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.
|
|