Malay



MEMULIHKAN DAN MENGEMBALIKAN HUTAN HUJAN

Apabila kita sedang mencuba menyelamatkan hutan hujan, kita juga harus melihat bagaimana hutan yang dimusnahkan boleh dipulihkan. Sementara menanam semula sebuah hutan hujan adalah mustahil, beberapa hutan hujan boleh dipulih semula selepas ditebang -- terutamanya jika mereka mendapat bantuan melalui penanaman pokok. Dalam kes tertentu, juga berkemungkinan untuk menggunakan tanah nyah hutan untuk bentuk pertanian yang diperbaiki supaya ia boleh membekalkan makanan kepada penduduk yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk tersebut memperolehi makanan mereka tidak akan dan tidak perlu menebang pokok untuk bertani.

Satu bidang penyelidikan yang memberi kebaikan melihat masyarakat kuno yang mendiami di hutan Amazon sebelum kedatangan orang Eropah pada abad ke-15. nampaknya populasi ini berupaya memperkaya tanah hutan hujan yang biasanya kurang nutrisi, dengan menggunakan arang dan tulang binatang. Dengan memperbaiki kualiti tanah, sebidang kawasan luas Amazon yang nyah-hutan boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap kawasan hutan hujan demi tanah pertanian. Tambahan pula, tanah yang dikenali sebagai "terra preta" ini boleh digunakan untuk memerangi pemanasan global sedangkan ia meresap karbon dioksida, sejenis gas rumah hijau yang penting.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler