Malay



MENUBUHKAN TAMAN RAYA YANG MELINDUNGI HUTAN HUJAN DAN HIDUPAN LIAR

Pembentukan kawasan perlindungan seperti taman nasional adalah cara yang baik untuk menyelamatkan hutan hujan dan ekosistem yang lain. Kawasan yang dilindungi adalah lokasi yang menerima perlindungan kerana nilai alam sekitar dan nilai kebudayaan. Secara umumnya, kawasan terlindung diuruskan oleh kerajaan dan penjaga serta pengawal taman berperanan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan taman raya untuk memerangi aktiviti haram seperti pemburuan haram dan penebangan haram.

Kini, taman raya melindungi kebanyakan spesies yang paling menghadapi kepupusan di dunia ini. Binatang seperti Panda hanya didapati di kawasan perlindungan.

Taman raya adalah kaedah yang paling berjaya dan berkesan pada masa yang sama menerima sokongan daripada penduduk tempatan yang tinggal di dalam dan di sekitar kawasan perlindungan. Sekiranya penduduk tempatan mempunyai kepentingan dalam taman raya mereka akan membentuk pemantauan komuniti atau "community watch" yang melindungi taman daripada pemburuan dan pembalakan haram.

Satu cara yang berkesan dalam melindungi hutan hujan adalah melibatkan orang asli dalam pengurusan taman. Orang asli mengetahui lebih banyak perkara mengenai hutan berbanding dengan orang lain dan mempunyai kepentingan untuk melindungi hutan sebagai ekosistem yang membekalkan mereka makanan, perlindungan dan air bersih. Penyelidikan mendapati bahawa dalam kes tertentu �tanah simpanan asli� atau "indigenous reserves" sebenarnya melindungi hutan hujan dengan lebih baik daripada "taman nasional" di Amazon.

Taman raya juga boleh membantu ekonomi negara berhutan hujan dengan menarik pelancong asing yang membayar yuran masuk, mengupah pemandu belantara tempatan dan membeli kraftangan tempatan seperti bakul, kemeja-T dan gelang manik.




Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler