Malay
Panama.


APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN DI RUMAH UNTUK MEMBANTU ALAM SEKITAR

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan impak anda terhadap alam sekitar.
  • Memadamkan lampu apabila anda tidak memerlukan mereka. Apabila mentol cahaya terhangus, menggantikan mereka dengan mentol tenaga-efisien.
  • Jangan membazirkan air.
  • Kitar semula.
  • Menggalakkan ibu bapa anda memandu kereta bahan api-efisien dan tidak memanas rumah mereka dengan keterlaluan.
  • Jangan melepaskan haiwan kesayangan anda apabila anda tidak memerlukan mereka. Sebelum membeli haiwan kesayangan, pastikan anda bersedia untuk memelihara mereka. Memiliki haiwan kesayangan adalah satu tanggungjawab.
Perkara yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan hutan hujan:
  • Jangan membeli barangan yang diperbuat daripada kulit hidupan liar.
  • Jangan membeli haiwan kesayangan luar biasa yang didapati daripada belantara. Anda boleh bertanya dengan kedai binatang sama ada binatang tersebut �ditangkap di belantara� (wild-caught) atau �diternak kurungan� (Captive bred). Haiwan yang �captive bred� lebih mesra-alam.
  • Membeli kertas kitar-semula.
  • Jangan membeli barangan kayu yang dikeluarkan daripada Indonesia, Malaysia, Brazil atau Afrika kecuali hanya anda tahu mereka datang daripada pembekal mesra-ekologi. Cara yang baik untuk mengetahui sama ada produk kayu itu keluaran hutan hujan atau tidak adalah melalui pengenalan label perakuan (certification label). Sebagai contoh, label perakuan "FSC-certified" bermakna keluaran kayu ini datang daripada hutan yang diurus dengan mapan.
  • mempelajari lebih banyak perkara mengenai hutan hujan dan tumbuhan dan haiwan yang tinggal di dalamnya. Memberitahu kawan anda dan ibu bapa anda kenapa hutan hujan penting.





Oleh Rhett A. Butler. Laman web ini diterjemahkan oleh Hoo Chiew Ping.




Laman utama | Mengenai laman ini | Bahasa Inggeris | Dokumen

©2008 Rhett Butler