 Amazon | |
 Hutan hujan Amazon terletak di Amerika Selatan. Ia sangat terkenal selepas Sungai Amazon, yang mana merupakan sungai terbesar di dunia. | |
 Hutan hujan Amazon termasuk dalam sebahagian daripada 8 buah negara seperti: Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Columbia, Venezuela, Guyana, dan Suriname, begitu juga French Guiana, yang merupakan sebahagian Perancis. |
 Hutan hujan Amazon merupakan hutan hujan terbesar di dunia. Lebih daripada separuh hutan hujan Amazon terletak di Brazil. | |
 Hutan hujan Amazon dipercayai mempunyai lebih banyak spesis berbanding dengan ekosistem lain di dunia. Lebih daripada tiga bahagian spesis yang berasaskan tanah dikatakan tinggal di kawasan Amazon. | |
 Sementara itu, sebahagian haiwan yang paling terkenal tinggal di hutan hujan Amazon adalah bersaiz besar: |
 Jaguar - kucing yang paling besar di Amerika | |
 Tapir | |
 Helang bengis- burung pemangsa terbesar di dunia. |
 Makaw | |
 Katak anak panah beracun | |
 Anakonda |
 Kebanyakannya adalah sangat kecil. | |
 Hutan hujan Amazon juga dihuni oleh orang asli, yang kebanyakannya tinggal secara berpuak. | |
 Orang asli tradisional mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat baik berkenaan hutan, termasuklah tumbuhan dan haiwan. |
 Bomoh, atau pengubat tradisional, menggunakan tanaman untuk mengubati pesakit. Namun, bomoh telah menghilang sebagaimana musnahnya hutan hujan. | |
 Berikut adalah sebab-sebab lain yang menunjukkan betapa pentingnya Amazon. | |
 Pokok-pokok dan tanaman lain di Amazon menyerap karbon dioksida semasa mereka membesar, ini akan membantu mengatasi perubahan cuaca. |
 Amazon membentuk taburan hujan dalam kuantiti yang besar, yang mana menyediakan air untuk aktiviti agrikultur dan janakuasa elektrik. | |
 Amazon mempengaruhi bentuk cuaca dunia. | |
 Tetapi, sejajar dengan kemusnahan hujan hujan Amazon, kepentingan-kepentingan tersebut juga turut menghilang. |
 Lebih kurang 20 peratus daripada hutan hujan Amazon di Brazil telah dimusnahkan sejak 1970. | |
 Punca utama pemusnahan tersebut adalah untuk kegiatan agrikultur. Manusia memusnahkan hutan hujan Amazon bagi meningkatkan hasil penternakan lembu dan tanaman kacang soya. | |
 Hutan hujan Amazon juga ditebang bagi tujuan pembalakan. |
 Kebakaran juga merupakan masalah besar di Amazon. Lazimnya, pembakaran dilakukan oleh manusia yang ingin membersih hutan hujan bagi tujuan pertanian dan penternakan. | |
 Peningkatan suhu laut di Atlantik juga boleh menyebabkan keadaan di Amazon semakin buruk, yang mana ia menjadikan kebakaran semakin dahsyat. | |
 Pada tahun 2005 dan 2010, hutan hujan Amazon telah dicatatkan sebagai paling teruk musnah akibat pembakaran. Sungai-sungai besar telah mengering dan berjuta-juta ekar hutan telah terbakar. |
 Tetapi sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa berita baik bagi Amazon. | |
 Sejak tahun 2004, kadar penyahhutanan di Brazil telah menurun. Hal tersebut terjadi atas beberapa sebab. | |
 Pihak kerajaan telah membentuk lebih banyak taman negara bagi mempertahankan hutan hujan. |
 Pihak kerajaan juga menggunakan satelit bagi mengawasi kawasan Amazon. Ia telah menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dan mereka yang terlibat dalam kegiatan memusnahkan hutan juga telah dihukum. | |
 Aktivis alam sekitar telah memberi tekanan kepada syarikat-syarikat supaya tidak memusnahkan hutan hujan. | |
 Orang asli juga turut mempertahankan hutan hujan di kawasan jajahan mereka. |
 Kini, negara lain seperti Peru dan Ecuador mula mencontohi Brazil. | |
 Pada masa yang sama, negara seperti Norway, Jerman, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat cuba untuk membantu dengan menyediakan sumber kewangan dan teknologi bagi mengurangkan penyahhutanan. | |
 Masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan hutan hujan Amazon kekal demi generasi akan datang. |
 Berikut adalah perkara yang dapat anda lakukan bagi membantu. | |
 Menceritakan kepada sahabat dan keluarga anda mengenai kepentingan Amazon dan apa yang sedang berlaku terhadapnya. | |
 Pastikan ia dikitar semula dan mengurangkan penggunaan tenaga. Cuba untuk mengeluarkan sisa buangan sesedikit mungkin. |
 Tanya soalan berkenaan produk yang anda dan keluarga anda beli. Adakah produk tersebut mengancam alam sekitar? | |
 Sertai organisasi yang berusaha mempertahankan Amazon. | |
 Seandainya kita berusaha bersama-sama, Amazon boleh diselamatkan. |
 Pengembaraan ini telah dilakukan oleh Rhett A.Butler, pengasas mongabay.com | |
| |
|