![Kanopi hutan hujn Amazon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_Aerial_1026_3240_dark.jpg) Amazon | |
![Imej Amerika Selatan, termasuk Lembah Amazon oleh satelit NASA](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_amazon_basin.jpg) Hutan hujan Amazon terletak di Amerika Selatan. Ia sangat terkenal selepas Sungai Amazon, yang mana merupakan sungai terbesar di dunia. | |
![Ilustrasi Lembah Amazon oleh satelit NASA](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_amazon_river_labels.jpg) Hutan hujan Amazon termasuk dalam sebahagian daripada 8 buah negara seperti: Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Columbia, Venezuela, Guyana, dan Suriname, begitu juga French Guiana, yang merupakan sebahagian Perancis. |
![Ilustrasi Lembah Amazon oleh satelit NASA](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_amazon_river_br2.jpg) Hutan hujan Amazon merupakan hutan hujan terbesar di dunia. Lebih daripada separuh hutan hujan Amazon terletak di Brazil. | |
![Trumpeter bersayap kelabu di Suriname](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_suriname_0538a.jpg) Hutan hujan Amazon dipercayai mempunyai lebih banyak spesis berbanding dengan ekosistem lain di dunia. Lebih daripada tiga bahagian spesis yang berasaskan tanah dikatakan tinggal di kawasan Amazon. | |
![Katak monyet gergasi di Peru](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_Tambopata_1026_3779.jpg) Sementara itu, sebahagian haiwan yang paling terkenal tinggal di hutan hujan Amazon adalah bersaiz besar: |
![Jaguar di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_co06-1366.jpg) Jaguar - kucing yang paling besar di Amerika | |
![Tapir di Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_1374.jpg) Tapir | |
![Helang bengis](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_belize_0153.jpg) Helang bengis- burung pemangsa terbesar di dunia. |
![Makaw biru dan emas di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_co02-0263.jpg) Makaw | |
![Ibu katak dart beracun bersama berudu di atas belakangnya di Suriname](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_suriname_2458.jpg) Katak anak panah beracun | |
![Anakonda di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_br_co-9950.jpg) Anakonda |
![Benah merah jambu](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_suriname_1036.jpg) Kebanyakannya adalah sangat kecil. | |
![Lelaki Amerindian bersama monyet woolly](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_0956.jpg) Hutan hujan Amazon juga dihuni oleh orang asli, yang kebanyakannya tinggal secara berpuak. | |
![Bomoh Waura di Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_P5030371.jpg) Orang asli tradisional mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat baik berkenaan hutan, termasuklah tumbuhan dan haiwan. |
![Anak Waura di Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_P5030343.jpg) Bomoh, atau pengubat tradisional, menggunakan tanaman untuk mengubati pesakit. Namun, bomoh telah menghilang sebagaimana musnahnya hutan hujan. | |
![Pokok kelapa sawit di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_0373.jpg) Berikut adalah sebab-sebab lain yang menunjukkan betapa pentingnya Amazon. | |
![Hutan hujan di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_2176.jpg) Pokok-pokok dan tanaman lain di Amazon menyerap karbon dioksida semasa mereka membesar, ini akan membantu mengatasi perubahan cuaca. |
![Sungai di Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0825.jpg) Amazon membentuk taburan hujan dalam kuantiti yang besar, yang mana menyediakan air untuk aktiviti agrikultur dan janakuasa elektrik. | |
![Taburan hujan di hutan hujan Amazon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0531.jpg) Amazon mempengaruhi bentuk cuaca dunia. | |
![Penyahhutanan di Peru](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_Flight_1022_1551.jpg) Tetapi, sejajar dengan kemusnahan hujan hujan Amazon, kepentingan-kepentingan tersebut juga turut menghilang. |
![Penyahhutanan di Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brasil_128a.jpg) Lebih kurang 20 peratus daripada hutan hujan Amazon di Brazil telah dimusnahkan sejak 1970. | |
![Penternakan lembu di Amazon Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_1349.jpg) Punca utama pemusnahan tersebut adalah untuk kegiatan agrikultur. Manusia memusnahkan hutan hujan Amazon bagi meningkatkan hasil penternakan lembu dan tanaman kacang soya. | |
![Penyahhutanan di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_0061.jpg) Hutan hujan Amazon juga ditebang bagi tujuan pembalakan. |
![Penyahhutanan di Amazon Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0594.jpg) Kebakaran juga merupakan masalah besar di Amazon. Lazimnya, pembakaran dilakukan oleh manusia yang ingin membersih hutan hujan bagi tujuan pertanian dan penternakan. | |
![Penyahhutanan di Amazon Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0322.jpg) Peningkatan suhu laut di Atlantik juga boleh menyebabkan keadaan di Amazon semakin buruk, yang mana ia menjadikan kebakaran semakin dahsyat. | |
![Teratai Amazon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_co07-0293.jpg) Pada tahun 2005 dan 2010, hutan hujan Amazon telah dicatatkan sebagai paling teruk musnah akibat pembakaran. Sungai-sungai besar telah mengering dan berjuta-juta ekar hutan telah terbakar. |
![Jaguar](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_belize_7501.jpg) Tetapi sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa berita baik bagi Amazon. | |
![Penyahhutanan tahunan di Amazon Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_amazon-deforestation_1200.jpg) Sejak tahun 2004, kadar penyahhutanan di Brazil telah menurun. Hal tersebut terjadi atas beberapa sebab. | |
![Penyahhutanan untuk tanaman soya di Amazon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0333.jpg) Pihak kerajaan telah membentuk lebih banyak taman negara bagi mempertahankan hutan hujan. |
![Imej satelit penyahhutanan di Brazil, ihsan Google Earth](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_deforestation_ruropolis.jpg) Pihak kerajaan juga menggunakan satelit bagi mengawasi kawasan Amazon. Ia telah menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dan mereka yang terlibat dalam kegiatan memusnahkan hutan juga telah dihukum. | |
![Kacang soya dan hutan di Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0349.jpg) Aktivis alam sekitar telah memberi tekanan kepada syarikat-syarikat supaya tidak memusnahkan hutan hujan. | |
![Kumpulan pemburu di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_2156.jpg) Orang asli juga turut mempertahankan hutan hujan di kawasan jajahan mereka. |
![Penyahhutanan di Amazon Brazil](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_0545.jpg) Kini, negara lain seperti Peru dan Ecuador mula mencontohi Brazil. | |
![Pentas kanopi di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_0246.jpg) Pada masa yang sama, negara seperti Norway, Jerman, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat cuba untuk membantu dengan menyediakan sumber kewangan dan teknologi bagi mengurangkan penyahhutanan. | |
![Kanak-kanak di Amazon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_amazon_kids_parrot.jpg) Masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan hutan hujan Amazon kekal demi generasi akan datang. |
![Monyet Woolly di Columbia](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_0798.jpg) Berikut adalah perkara yang dapat anda lakukan bagi membantu. | |
![Penyahhutanan di Peru](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_Flight_1022_1555.jpg) Menceritakan kepada sahabat dan keluarga anda mengenai kepentingan Amazon dan apa yang sedang berlaku terhadapnya. | |
![Sungai hutan hujan di Suriname](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_suriname_2307.jpg) Pastikan ia dikitar semula dan mengurangkan penggunaan tenaga. Cuba untuk mengeluarkan sisa buangan sesedikit mungkin. |
![Lembu di Amazon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brazil_1495.jpg) Tanya soalan berkenaan produk yang anda dan keluarga anda beli. Adakah produk tersebut mengancam alam sekitar? | |
![Rama-rama bersayap lutsinar](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_panama_0898.jpg) Sertai organisasi yang berusaha mempertahankan Amazon. | |
![Sungai Amazon yang berada di antara Columbia dan Peru](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_colombia_0727.jpg) Seandainya kita berusaha bersama-sama, Amazon boleh diselamatkan. |
![Rhett Butler Di Panama pada tahun 2011](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_panama_0200.jpg) Pengembaraan ini telah dilakukan oleh Rhett A.Butler, pengasas mongabay.com | |
| |
|