 Hutan hujan Congo |
 Hutan hujan Congo merupakan hutan hujan yang kedua terbesar di dunia selepas Amazon. |
 Enam negara -- Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Republik Demokratik Congo (DRC), Equatorial Guinea dan Gabon -- berkongsi 1.5 juta kaki persegi Lembah Congo. |
 Majoriti hutan hujan Congo berada di DRC |
 Hutan hujan Congo disaliri oleh sungai Congo, yang mana merupakan sungai paling berkuasa di Afrika dan kedua terbesar (berdasarkan isipadu) di dunia, selepas sungai Amazon dan anak sungainya. |
 Hutan hujan Congo juga terkenal dengan penduduknya sebagaimana dengan hidupan liarnya. |
 Congo adalah rumah kepada orang "pigmi" (kerdil), yang mana mereka dikenali sebagai kerana memiliki badan yang lebih pendek. |
 Terma "pigmi" telah disalahertikan; mereka sebenarnya terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza, termasuklah Mbuti, Aka, Baka, dan Twa. |
 Semua suku kaum ini mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi berkenaan dengan ekosistem hutan hujan dan hidupan liar. |
 Orang Pigmi secara tradisinya adalah nomad, tetapi budaya mereka telah berubah dengan pantas akibat penyahhutanan dan migrasi oleh populasi lain ke dalam rumah hutan mereka. |
 Di kebanyakan negara, "Pigmi" mempunyai beberapa hak terhadap tanah, Namun mereka kehilangannya kepada syarikat-syarikat pembalakan, pemaju-pemaju ladang, dan firma-firma perlombongan. |
 Hutan hujan Congo menyokong pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang tidak terperi bilangannya. |
 Antara haiwan-haiwan hutan hujan Congo yang terkenal ialah: |
 Gorila tanah rendah dan gunung, kedua-duanya adalah terancam. |
 Gajah hutan, yang mana lebih kecil dan terancam berbanding gajah savana. |
 okapi, sejenis zirafah hutan yang unik hanya ditemui pada 1899. |
 cimpanzi dan bonobo |
 dan mempunyai banyak "haiwan safari" yang biasa termasuk badak, singa, antelop, dan harimau bintang. |
 Hutan hujan Congo adalah penting melangkaui sebagai tempat tinggal untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan. |
 Hutan membantu mengatasi banjir dan kemarau |
 Congo mempengaruhi corak cuaca global termasuk menyumbang kepada taburan hujan sejauh U.S Midwest. |
 Hutan mengurangkan hakisan tanah dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan pergunungan. |
 Hutan adalah sumber makanan, bahan binaan, dan perubatan. |
 Hutan menyerap karbon dioksida sepanjang tumbesarannya akan membantu memerangi perubahan cuaca. |
 Namun, ancaman terhadap hutan hujan Congo semakin meningkat. |
 Pembalakan telah memusnahkan sebahagian besar kawasan di Congo |
 Pertanian berskala kecil mengenakan tol, terutamanya yang berhampiran bandar dan pekan. |
 Perdagangan hidupan liar sangat serius di beberapa negara hutan hujan Congo. Kuantiti terbesar hidupan liar yang ditangkap oleh pemburu komersial yang mana mereka menjualnya kepada penduduk bandar, kadang-kadang sejauh hingga ke New York. |
 Perlombongan juga menyebabkan kemusnahan hutan dan sungai di beberapa bahagian di Congo. |
 Petani-petani berskala besar dan pemaju-pemaju ladang kini telah melabur di beberapa negara. Terdapat kebimbangan terhadap pembangunan industri agrikultur yang mana berkemungkinan menyebabkan penyahhutanan berlaku, tanpa menjana pendapatan yang secukupnya kepada penduduk tempatan. |
 Sementara penyahhutanan di hutan hujan Congo mendapat perhatian, terdapat beberapa sebab yang menjadi harapan. |
 Komuniti antarabangsa bekerjasama dengan kerajaan Congo bagi mencari penyelesaian baru untuk membiayai pemuliharaan hutan hujan. |
 Pelbagai organisasi yang baik sedang berusaha untuk mempertahankan hidupan liar dan menyokong komuniti tempatan di Congo. |
 Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membantu negara-negara Congo bagi mempertahankan hutan mereka. |
 Berikut adalah perkara yang dapat anda lakukan bagi membantu. |
 Menceritakan kepada sahabat dan ibu-bapa anda mengenai apa yang sedang berlaku terhadap hutan hujan Congo. |
 Pastikan ia dikitar semula dan kurangkan penggunaan tenaga. Cuba untuk mengeluarkan sesedikit mungkin sisa buangan. |
 Tanya soalan mengenai produk yang anda dan keluarga anda beli. Adakah produk tersebut mengancam alam sekitar? Apakah asal usul kertas yang anda guna? |
 Sertai organisasi yang berusaha mempertahankan hutan hujan Congo. |
|
 Pengembaraan ini dilakukan oleh Rhett A. Butler, pengasas mongabay.com. |
|