![Gajah hutan di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG-23050.jpg) Hutan hujan Congo |
![Imej satelit: negara-negara Lembah Congo](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_nasa-africa1080.jpg) Hutan hujan Congo merupakan hutan hujan yang kedua terbesar di dunia selepas Amazon. |
![Peta: negara-negara Lembah Congo](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_africa1080thin.jpg) Enam negara -- Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Republik Demokratik Congo (DRC), Equatorial Guinea dan Gabon -- berkongsi 1.5 juta kaki persegi Lembah Congo. |
![Peta: negara-negara Lembah Congo](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_africa1080.jpg) Majoriti hutan hujan Congo berada di DRC |
![Imej Google Earth Sungai Sankuru di DRC](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_congo_river.jpg) Hutan hujan Congo disaliri oleh sungai Congo, yang mana merupakan sungai paling berkuasa di Afrika dan kedua terbesar (berdasarkan isipadu) di dunia, selepas sungai Amazon dan anak sungainya. |
![Anak gorila tanah rendah](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_1589.jpg) Hutan hujan Congo juga terkenal dengan penduduknya sebagaimana dengan hidupan liarnya. |
![Orang Pigmi Afrika dan penjelajah Eropah. Daripada Collier's New Encyclopedia, Volume 1 (1921), pengarang: Keystone View Company.](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_pygmies1080.jpg) Congo adalah rumah kepada orang "pigmi" (kerdil), yang mana mereka dikenali sebagai kerana memiliki badan yang lebih pendek. |
![Anak-anak Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon-27210.jpg) Terma "pigmi" telah disalahertikan; mereka sebenarnya terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza, termasuklah Mbuti, Aka, Baka, dan Twa. |
![Cendawan di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_2296.jpg) Semua suku kaum ini mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi berkenaan dengan ekosistem hutan hujan dan hidupan liar. |
![Lelaki Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon-28300.jpg) Orang Pigmi secara tradisinya adalah nomad, tetapi budaya mereka telah berubah dengan pantas akibat penyahhutanan dan migrasi oleh populasi lain ke dalam rumah hutan mereka. |
![Konsesi pembalakan di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_2600.jpg) Di kebanyakan negara, "Pigmi" mempunyai beberapa hak terhadap tanah, Namun mereka kehilangannya kepada syarikat-syarikat pembalakan, pemaju-pemaju ladang, dan firma-firma perlombongan. |
![Gajah hutan di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG-23050.jpg) Hutan hujan Congo menyokong pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang tidak terperi bilangannya. |
![Babi sungai merah](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brnxz_395.jpg) Antara haiwan-haiwan hutan hujan Congo yang terkenal ialah: |
![Gorila berbelakang perak jantan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_1523.jpg) Gorila tanah rendah dan gunung, kedua-duanya adalah terancam. |
![Gajah hutan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon-23070.jpg) Gajah hutan, yang mana lebih kecil dan terancam berbanding gajah savana. |
![Okapi](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_brnxz_345.jpg) okapi, sejenis zirafah hutan yang unik hanya ditemui pada 1899. |
![Cimpanzi di Uganda](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_ug3-4440.jpg) cimpanzi dan bonobo |
![Singa pendaki pokok di Uganda](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_ug8_5895.jpg) dan mempunyai banyak "haiwan safari" yang biasa termasuk badak, singa, antelop, dan harimau bintang. |
![Sungai hutan hujan di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG-31780.jpg) Hutan hujan Congo adalah penting melangkaui sebagai tempat tinggal untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan. |
![Hutan hujan Gabon ketika matahari terbit](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_2258.jpg) Hutan membantu mengatasi banjir dan kemarau |
![Pandangan udara sungai hutan hujan di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_2845.jpg) Congo mempengaruhi corak cuaca global termasuk menyumbang kepada taburan hujan sejauh U.S Midwest. |
![Pandangan udara hutan hujan Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon_2813ab.jpg) Hutan mengurangkan hakisan tanah dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan pergunungan. |
![Akar pokok bakau di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon_2010.jpg) Hutan adalah sumber makanan, bahan binaan, dan perubatan. |
![Dedaun hutan hujan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_ug3-4463.jpg) Hutan menyerap karbon dioksida sepanjang tumbesarannya akan membantu memerangi perubahan cuaca. |
![Balak-balak di dalam kenderaan pengangkut di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_14690.jpg) Namun, ancaman terhadap hutan hujan Congo semakin meningkat. |
![Pembalakan hutan hujan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_2598.jpg) Pembalakan telah memusnahkan sebahagian besar kawasan di Congo |
![Imej Google Earth menunjukkan kehilangan hutan di pinggir lembah Congo.](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_congo_ge_1080a.jpg) Pertanian berskala kecil mengenakan tol, terutamanya yang berhampiran bandar dan pekan. |
![Anak buaya di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG_2548.jpg) Perdagangan hidupan liar sangat serius di beberapa negara hutan hujan Congo. Kuantiti terbesar hidupan liar yang ditangkap oleh pemburu komersial yang mana mereka menjualnya kepada penduduk bandar, kadang-kadang sejauh hingga ke New York. |
![Lombong](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_mining_aus16.jpg) Perlombongan juga menyebabkan kemusnahan hutan dan sungai di beberapa bahagian di Congo. |
![Traktor berhampiran dengan kawasan taburan hutan hujan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon_1724.jpg) Petani-petani berskala besar dan pemaju-pemaju ladang kini telah melabur di beberapa negara. Terdapat kebimbangan terhadap pembangunan industri agrikultur yang mana berkemungkinan menyebabkan penyahhutanan berlaku, tanpa menjana pendapatan yang secukupnya kepada penduduk tempatan. |
![Imej Google Earth menunjukkan skala kecil penyahhutanan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_congo_ge_1080.jpg) Sementara penyahhutanan di hutan hujan Congo mendapat perhatian, terdapat beberapa sebab yang menjadi harapan. |
![Rama-rama di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG-24080.jpg) Komuniti antarabangsa bekerjasama dengan kerajaan Congo bagi mencari penyelesaian baru untuk membiayai pemuliharaan hutan hujan. |
![Buaya](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_IMG-22330.jpg) Pelbagai organisasi yang baik sedang berusaha untuk mempertahankan hidupan liar dan menyokong komuniti tempatan di Congo. |
![Tanah tinggi hutan hujan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_kenya_3988.jpg) Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membantu negara-negara Congo bagi mempertahankan hutan mereka. |
![Hutan hujan dan savana di Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon-18700a.jpg) Berikut adalah perkara yang dapat anda lakukan bagi membantu. |
![Gabon Kayu balak di pantai Gabon](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon_2523a.jpg) Menceritakan kepada sahabat dan ibu-bapa anda mengenai apa yang sedang berlaku terhadap hutan hujan Congo. |
![Mandril jantan, sejenis babun](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_tz_elf_0577.jpg) Pastikan ia dikitar semula dan kurangkan penggunaan tenaga. Cuba untuk mengeluarkan sesedikit mungkin sisa buangan. |
![Penebangan pokok di hutan hujan yang terkini](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_gabon_2655.jpg) Tanya soalan mengenai produk yang anda dan keluarga anda beli. Adakah produk tersebut mengancam alam sekitar? Apakah asal usul kertas yang anda guna? |
![Hutan hujan Afrika](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_tz_elf_0579.jpg) Sertai organisasi yang berusaha mempertahankan hutan hujan Congo. |
|
![Rhett Butler di dalam hutan hujan](https://s3.amazonaws.com/mongabay/slides/300/slides_panama_0350.jpg) Pengembaraan ini dilakukan oleh Rhett A. Butler, pengasas mongabay.com. |
|