 Sulawesi merupakan sebuah pulau di Indonesia. Ia adalah pulau yang ke 11 terbesar di dunia. |
 Sulawesi - yang mana ia digelar sebagai Celebes - sebuah pulau yang aneh. Ia berbentuk seperti huruf "k" yang lucu sekiranya dilihat dari sudut bawah. |
 Sulawesi terbentuk apabila berlaku perlanggaran antara tektonik yang berbeza. Ia tidak pernah bersambungan dengan tanah besar yang lain. |
 Disebabkan sejarah ini, maka kehidupan tumbuh-tumbuhan dan haiwan Sulawesi adalah berbeza jika dibandingkan dengan bahagian lain di Indonesia. |
 Sulawesi mempunyai banyak spesis endemik: tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan boleh didapati di mana-mana sahaja. |
 Antara spesis yang paling terkenal ialah Babirusa, yang mana ia juga dikenali sebagai "pig-deer". |
 Antara haiwan yang menarik ialah Maleo, iaitu burung tanah yang membina sarang yang besar yang mana ia dihangatkan oleh matahari atau haba yang dihasilkan gunung berapi. |
 Beruk hitam berjambul adalah primat Sulawesi yang paling terancam. Ia tinggal di dalam kumpulan dan menghabiskan banyak masanya di atas tanah. |
 Primat di Sulawesi yang paling kecil adalah tarsier, salah satu daripada primat yang hanya memakan serangga. |
 Sulawesi mempunyai dua spesis lembu liar: kerbau tanah rendah dan kerbau gunung |
 Secara keseluruhan, lebih daripada 60 peratus mamalia darat Sulawesi boleh didapati di mana-mana sahaja. |
 Sulawesi juga kaya dengan ekosistem marin termasuklah sebahagian daripada terumbu karang yang paling berbiodiversiti di dunia. |
 Namun, kawasan liar Sulawesi adalah berisiko. Kira-kira 80 peratus hutan Sulawesi telah rosak atau musnah. |
 Penyahhutanan paling utama disebabkan oleh kegiatan pertanian oleh petani-petani kecil yang menanam padi dan tanaman-tanaman lain. |
 Sulawesi juga adalah antara pengeluar utama koko, yang mana merupakan bahan asas dalam pembuatan coklat. |
 Antara ancaman terbesar terhadap hutan Sulawesi ialah perlombongan, pemburuan haiwan liar, dan pembalakan haram. |
 Antara spesis Sulawesi yang terancam -- terutamanya burung-burung dan reptilia -- diseludup bagi tujuan perdagangan haiwan peliharaan antarabangsa. |
 Tetapi, kumpulan-kumpulan pemuliharaan berusaha bagi melindungi hidupan liar dan ekosistem Sulawesi. |
 Program paling efektif apabila ia disertai oleh penduduk tempatan yang mana mereka mendapat manfaat daripada usaha pemuliharaan. |
 Terdapat beberapa kumpulan etnik di Sulawesi, setiap daripada mereka berkomunikasi menggunakan loghat tersendiri. |
 Salah satu kumpulan etnik yang paling unik di Sulawesi ialah Toraja, merka tinggal di bahagian selatan pulau tersebut. |
 Etnik Toraja adalah Kristian dan mengamalkan upacara pengkebumian dan amalan perkuburan yang rumit. |
 Selepas pengkebumian yang lama dan mahal, secara tradisinya orang Torajan akan menanam mayat tersebut di dalam tebing-tebing batu. |
 Etnik-etnik lain di Sulawesi termasuklah Makasar, Bugis, Mandar, Minahasa, Bajau Gorontolo, dan Mongondow. Hari ini, kebanyakkan mereka adalah beragama Islam. |
 Kebelakangan ini, penghijrahan lebih ramai migran dari Jawa dan bahagian-bahagian lain di Indonesia telah mengurangkan kadar kumpulan asli di Sulawesi |
 Penghijrahan tersebut telah menyumbang kepada konflik antara kumpulan etnik. Penduduk tradisional kecewa dengan pendatang baru kerana mereka lebih kaya dan bersaing bagi mendapatkan tanah dan pekerjaan. |
 Sekiranya anda melawat Sulawesi, terdapat beberapa aktiviti yang istimewa. |
 Di bahagian Sulawesi Utara terdapat taman-taman hutan hujan dan terumbu karang yang memukau. |
 Di Sulawesi Selatan terletaknya Torajaland serta orang-orang Toraja dan juga batu karang sekelilingnya di bahagian luar selatan pulau tersebut. |
 Di bahagian lain Sulawesi, terdapat pelbagai lanskap pertanian, termasuklah bendang-bendang padi. |