Tayangan-gambar Hutan Hujan Amazon
Sulawesi merupakan sebuah pulau di Indonesia. Ia adalah pulau yang ke 11 terbesar di dunia.
Sulawesi menerusi Google Earth
Sulawesi merupakan sebuah pulau di Indonesia. Ia adalah pulau yang ke 11 terbesar di dunia.
Sulawesi Imej satelit Sulawesi
Sulawesi - yang mana ia digelar sebagai Celebes - sebuah pulau yang aneh. Ia berbentuk seperti huruf "k" yang lucu sekiranya dilihat dari sudut bawah.
Peta Sulawesi
Sulawesi terbentuk apabila berlaku perlanggaran antara tektonik yang berbeza. Ia tidak pernah bersambungan dengan tanah besar yang lain.
Tarsier spektrum
Disebabkan sejarah ini, maka kehidupan tumbuh-tumbuhan dan haiwan Sulawesi adalah berbeza jika dibandingkan dengan bahagian lain di Indonesia.
Enggang Merah atau Enggang Sulawesi
Sulawesi mempunyai banyak spesis endemik: tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan boleh didapati di mana-mana sahaja.
Babirusa jantan
Antara spesis yang paling terkenal ialah Babirusa, yang mana ia juga dikenali sebagai "pig-deer".
Pantai di mana Maleo mengeramkan telur-telurnya.
Antara haiwan yang menarik ialah Maleo, iaitu burung tanah yang membina sarang yang besar yang mana ia dihangatkan oleh matahari atau haba yang dihasilkan gunung berapi.
Beruk berjambul belakang
Beruk hitam berjambul adalah primat Sulawesi yang paling terancam. Ia tinggal di dalam kumpulan dan menghabiskan banyak masanya di atas tanah.
Ibu tarsier spektrum bersama anaknya.
Primat di Sulawesi yang paling kecil adalah tarsier, salah satu daripada primat yang hanya memakan serangga.
Sulawesi Kerbau tempatan di Sulawesi
Sulawesi mempunyai dua spesis lembu liar: kerbau tanah rendah dan kerbau gunung
Beruk berjambul belakang di Tangkako
Secara keseluruhan, lebih daripada 60 peratus mamalia darat Sulawesi boleh didapati di mana-mana sahaja.
Tapak sulaiman di atas terumbu karang di Sulawesi Utara.
Sulawesi juga kaya dengan ekosistem marin termasuklah sebahagian daripada terumbu karang yang paling berbiodiversiti di dunia.
Hutan hujan di Sulawesi Utara
Namun, kawasan liar Sulawesi adalah berisiko. Kira-kira 80 peratus hutan Sulawesi telah rosak atau musnah.
Gunung Tangkoko, adalah gunung berapi tidak aktif di Sulawesi Utara
Penyahhutanan paling utama disebabkan oleh kegiatan pertanian oleh petani-petani kecil yang menanam padi dan tanaman-tanaman lain.
Lenggai-lenggai koko
Sulawesi juga adalah antara pengeluar utama koko, yang mana merupakan bahan asas dalam pembuatan coklat.
Lombong
Antara ancaman terbesar terhadap hutan Sulawesi ialah perlombongan, pemburuan haiwan liar, dan pembalakan haram.
Cicak
Antara spesis Sulawesi yang terancam -- terutamanya burung-burung dan reptilia -- diseludup bagi tujuan perdagangan haiwan peliharaan antarabangsa.
Pohon Ara di Tangkoko
Tetapi, kumpulan-kumpulan pemuliharaan berusaha bagi melindungi hidupan liar dan ekosistem Sulawesi.
 Bendang padi di Torajaland
Program paling efektif apabila ia disertai oleh penduduk tempatan yang mana mereka mendapat manfaat daripada usaha pemuliharaan.
Rumah Bugis di antara sawah padi
Terdapat beberapa kumpulan etnik di Sulawesi, setiap daripada mereka berkomunikasi menggunakan loghat tersendiri.
Patung kayu yang mewakili nenek moyang Toraja.
Salah satu kumpulan etnik yang paling unik di Sulawesi ialah Toraja, merka tinggal di bahagian selatan pulau tersebut.
Makam yang diukir di permukaan tebing-tebing batu
Etnik Toraja adalah Kristian dan mengamalkan upacara pengkebumian dan amalan perkuburan yang rumit.
Patung kayu orang Toraja yang telah mati
Selepas pengkebumian yang lama dan mahal, secara tradisinya orang Torajan akan menanam mayat tersebut di dalam tebing-tebing batu.
Perkampungan nelayan di Sulawesi Utara
Etnik-etnik lain di Sulawesi termasuklah Makasar, Bugis, Mandar, Minahasa, Bajau Gorontolo, dan Mongondow. Hari ini, kebanyakkan mereka adalah beragama Islam.
Wanita bekerja di sawah padi di Sulawesi Selatan
Kebelakangan ini, penghijrahan lebih ramai migran dari Jawa dan bahagian-bahagian lain di Indonesia telah mengurangkan kadar kumpulan asli di Sulawesi
Kanak-kanak bersama neneknya di Sulawesi Selatan
Penghijrahan tersebut telah menyumbang kepada konflik antara kumpulan etnik. Penduduk tradisional kecewa dengan pendatang baru kerana mereka lebih kaya dan bersaing bagi mendapatkan tanah dan pekerjaan.
Pantai di Pulau Bunaken hujung Sulawesi Utara
Sekiranya anda melawat Sulawesi, terdapat beberapa aktiviti yang istimewa.
Matahari terbenam di Sulawesi Utara
Di bahagian Sulawesi Utara terdapat taman-taman hutan hujan dan terumbu karang yang memukau.
Rumah-rumah tradisional di Torajaland
Di Sulawesi Selatan terletaknya Torajaland serta orang-orang Toraja dan juga batu karang sekelilingnya di bahagian luar selatan pulau tersebut.
Kerbau di bendang padi berhampiran kampung Batutomonga di Sulawesi Selatan
Di bahagian lain Sulawesi, terdapat pelbagai lanskap pertanian, termasuklah bendang-bendang padi.



Index


Diterjemahkan oleh: AINI FATIHAH ROSLAM


©2011 mongabay.com