Malay
Carigali minyak di Virunga National Park dihentikan – buat masa sekarang
Diterjemahkan oleh: AINI FATIHAH ROSLAM
Jeremy Hance, mongabay.com
17 Mac 2011


Kegiatan carigali minyak oleh Republik Demokratik Congo di Taman Nasional tertua di Afrika, Virunga, telah digantung sehingga Strategic Environmental Assessment (SEA) dijalankan. Usaha syarikat-syarikat minyak, Soco dan Dominion merancang untuk meneroka minyak di blok dalam taman yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut pada tahun lepas telah berakhir.

“Kami telah menolak cadangan penilaian impak terhadap alam sekitar yang dijalankan oleh syarikat minyak, Soco, yang kami anggap sebagai tidak matang, cetek dan tidak mematuhi piawaian seperti yang kami jangkakan,” ulas Jose E.B. Endundo, Menteri Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam dan Pelancongan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Soco, Roger Cagle memberitahu kepada Reuters bahawa beliau tidak percaya Endundo telah membaca penilaian impak alam sekitar syarikatnya.

Syarikat-syarikat terlibat telah menyatakan bahawa mereka akan menghormati keputusan kerajaan dan menunggu keputusan SEA.

Habitat kepada satu perempat daripada gorila gunung di dunia, begitu juga cimpanzi, badak air, singa, gajah hutan, okapi dan burung-burung, Taman Nasional Virunga merupakan saah satu daripada taman di Afrika yang paling banyak mempunyai kepelbagaian biodiversiti dan telah diklasifikasikan sebagai Tapak Wasisan Dunia oleh PBB.

PBB bersama-sama dengan berberapa organisasi pemuliharaan telah mengkritik rancangan bagi membolehkan usaha penerokaan minyak dijalankan di taman tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat minyak telah menegaskan bahawa mereka boleh meningkatkan keadaan keselamatan taman tersebut yang mana tidak stabil disebabkan oleh kehadiran pemberontak bersenjata yang bersembunyi di situ. Lebih 130 ranjer telah dicatatkan meninggal dunia sepanjang 15 tahun lalu kerana berkonflik dengan pemberontak.

 A portion of Virunga National Park swaddled in clouds as seen by Google Earth.
Sebahagian daripada Taman Nasional Virunga diselubungi awan seperti yang boleh dilihat menerusi Google Earth.

Bahasa Inggeris







MONGABAY.COM
Berita dan maklumat tentang hutan.

Berita
  • Gempa bumi di Jepun boleh meningkatkan penebangan hutan di Kalimantan
  • Orang nomad terakhir di Sarawak: pemimpin dan aktivis orang asli, Along Sega, telah meninggal dunia
  • Kerancakan Komoditi Global, Serangan baru minyak terhadap Amazon
  • Mencabar Raksasa Penyahhutanan Tropika

    Maklumat tentang hutan
  • apakah itu hutan hujan?
  • di manakah hutan hujan terletak?
  • apakah yang membentuk hutan hujan?
  • apakah itu kanopi?
  • lantai hutan hujan
  • kenapakah hutan hujan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan?
  • binatang mamalia hutan hujan
  • burung hutan hujan
  • reptilia dan amfibia hutan hujan
  • ikan hutan hujan
  • serangga hutan hujan
  • penduduk hutan hujan
  • tamadun agung hutan hujan
  • ilmu tumbuhan perubatan orang asli
  • apakah yang telah berlaku terhadap orang asli amazon?
  • kanak-kanak di dalam hutan hujan

  • kenapa hutan hujan begitu penting?
  • hutan hujan membantu menstabilkan cuaca
  • hutan hujan membekalkan kediaman kepada tumbuhan dan haiwan
  • hutan hujan membantu mengekalkan kitaran air
  • hutan hujan mengurangkan hakisan
  • kenapakah hutan hujan dimusnahkan?
  • pembalakan dan penuaian kayu balak di dalam hutan hujan
  • pertanian di dalam hutan hujan
  • lembu ternakan di dalam hutan hujan
  • pembinaan jalan raya di hutan hujan
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • bagaimanakah kita boleh menyelamatkan hutan hujan?
  • peranan kemiskianan dalam penyahhutanan
  • memulihkan dan mengembalikan hutan hujan
  • menggalakkan manusia tinggal dengan cara yang tidak memudaratkan alam sekitar
  • menubuhkan taman raya yang melindungi hutan hujan dan hidupan liar
  • menyokong syarikat yang tidak memusnahkan alam sekitar
  • eko-pelancongan
  • apa yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu alam sekitar


    Madagascar
  • Madagascar: Selamat datang ke pengembaraan interaktif Madagascar






    Mongabay-Indonesia on Facebook










  • Copyright mongabay 2010